Selasa, 16 Disember 2014

Bendera dipegang tebusan bukan bendera IS


‘Screenshot’ yang dirakamkan oleh jurugambar Channel Seven menunjukkan dua orang tebusan sedang memegang sehelai kain berwarna hitam yang terpapar tulisan dalam bahasa Arab. ‘Screenshot’ yang dirakamkan oleh jurugambar Channel Seven menunjukkan dua orang tebusan sedang memegang sehelai kain berwarna hitam yang terpapar tulisan dalam bahasa Arab.
 
 
SYDNEY – AUSTRALIA. Bendera yang kelihatan dipegang oleh tebusan di sebuah kafe di tengah Sydney pagi tadi didakwa bukan bendera milik kumpulan Negara Islam (IS), sebaliknya bendera yang dibawa oleh kumpulan jihad.

Seorang pakar keganasan dari Monash University di Melbourne, Greg Barton berkata: “untuk memegang bendera sebuah negara Islam akan menjadi agak sukar dan seseorang akan lakukan apa sahaja yang mereka dapat".

Terdahulu, kira-kira 10 kakitangan sebuah kafe dan 30 orang awam ditahan sebagai tebusan dalam satu serangan pengganas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengganas serang sebuah kafe, tahan tebusan]

Menurut Barton, isu bendera itu sebenarnya tidak membantu untuk mengesahkan atau menolak bahawa insiden penahanan tebusan itu ada kaitan dengan IS atau mana-mana kumpulan lain, lapor The Sdyney Morning Herald, hari ini.

Terdahulu, satu ‘screenshot’ yang sempat dirakamkan oleh jurugambar dari Channel Seven menunjukkan dua orang tebusan sedang memegang sehelai kain berwarna hitam yang terpapar tulisan dalam bahasa Arab.

Setelah diteliti, tulisan tersebut adalah kalimah suci Syahadah

Tiada ulasan: