Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyamakan Pasukan
Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dengan samseng apabila pasukan itu
masih meneruskan aktiviti mereka walaupun diisytihar haram oleh pihak
berkuasa.
Khalid berkata demikian selepas pihak polis menahan seramai 154 anggota PPS selepas mereka menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade, Pulau Pinang pagi ini.
"Sepatutnya tulis surat kepada pendaftar (pertubuhan) minta penjelasan dan mungkin guna saluran undang-undang lain, untuk mereka bertanya tentang pertubuhan yang telah diumumkan haram itu.
"Tetapi sebaliknya, pertubuhan ini sengaja nak cabar undang-undang negara kita dengan mencabar PDRM dan menggertak PDRM supaya, kalau berani ambil tindakan.
"Ini perbuatan gangster macam ini," katanya kepada media hari ini.
Sehubungan itu, Khalid berkata lagi, pihak polis terpaksa menangkap anggota PPS untuk tujuan siasatan.
Beliau turut menambah, kesemua anggota itu mungkin ditahan sehingga siasatan selesai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan