GALERI FOTO
Sekumpulan 100 aktivis berdemonstrasi di depan bangunan KLCC di ibu negara hari ini untuk menolak pembinaan empangan mega di pelbagai tempat di Malaysia.
Pesertanya membawa kain rentang dan plakad bantahan berkata, mereka mewakili pelbagai kumpulan masyarakat di Sarawak, Sabah, semenanjung Malaysia dan malah Indonesia.
“Kami mahu pihak bertanggungjawab berhenti membina empangan. Ia tidak perlu.
“Lebih 20,000 orang akan dipindahkan ekoran pembinaan empangan Baram dengan ketinggian 100m di Sarawak,” kata Peter Kallang, pengerusi NGO Save Rivers.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan