MALAYSIAKINI
PAS hari ini menggesa Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan skandal rasuah
melibatkan seorang bekas setiausaha politik menteri Umno.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar (bawah) dalam sidang medianya hari ini mempersoalkan masa terlalu lama yang diambil SPRM untuk menyiasat kes itu.
Menurutnya sebelum ini kedua-dua suspek kes itu diblaporkan akan didakwa
pada awal Febuari namun sehingga kini tiada sebarang berita
mengenainya.
"Selepas
dua orang suspek diikat jamin RM50,000, mereka (sepatutnya) akan
didakwa pada awal Febuari tetapi sehingga hari ini tiada kedengaran.
"AG (peguam negara) atau SPRM yang 'lembab' menangani kes tersebut?
"Ataupun paling 'lembab'nya perdana menteri sebab dua organisasi itu di bawah kuasa perdana menteri," kata MP Pokok Sena itu.
Dalam laporan media sebelum ini, bekas setiausaha politik itu ditahan
bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan program 1Azam
yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
Sebanyak sepuluh kenderaan mewah seperti Toyota Alphard, Vellfire, Camry
dan Volkswagen Golf GTI didakwa milik setiausaha politik itu turut
dirampas SPRM.
Sementara itu, Mahfuz turut menuntut kemaskini daripada SPRM berhubung
siasatan ke atas 60 orang pegawai polis dalam operasi membanteras rasuah
secara besar-besaran dalam bulan Januari lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan