Jumaat, 7 Februari 2014

Ganti Taib Mahmud: Abang Johari 'kunci mulut'




DETIK DAILY


KUCHING - Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar AbangJohari Tun Openg enggan diseretkan dalam spekulasi bahawa beliau antara pemimpin parti itu yang bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak.

Beliau mengesahkan satu mesyuarat khas majlis tertinggi PBB akan diadakan pada Sabtu ini, namun enggan mengulas sama ada Abdul Taib akan mengumumkan keputusannya untuk bersara pada mesyuarat itu. 

"Anda yang cakap (mengenai persaraan Abdul Taib) sebagai spekulasi. Saya tidak boleh ulas spekulasi itu," katanya kepada pemberita ketika ditanya laporan muka hadapan akhbar Berita Harian bahawa Abdul Taib akan mengumumkan persaraannya sebagai Ketua Menteri sebelum penghujung minggu ini.

Laporan itu, yang memetik sumber, menyatakan Abdul Taib, 78, yang menyandang jawatan itu sejak 1981, juga akan bertemu semua wakil rakyat Barisan Nasional negeri pada Ahad ini.

Selain Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan Sarawak dan Menteri Perumahan Sarawak, turut diuar-uarkan menggantikan Abdul Taib ialah Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Menteri di Pejabat Ketua Menteri  Tan Sri Adenan Satem dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Effendi Norwawi.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan program yang menjurus kepada kempen sempena PRK Dun Kajang.

Terbaru, Anwar dan pemimpin PKR khusunya akan menjalankan satu program "Kajang Move" yang akan menemui penduduk sekitar kawasan mengundi tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR perlu melakukan persiapan rapi untuk PRK yang disifatkannya sebagai satu "kejutan".

"Kita pun terkejut dengan perletakan jawatan Adun tersebut. "Kita setiap masa bertanya wakil rakyat iaitu Adun atau ahli Parlimen, ada masalah atau sakit, namun tak ada apa-apa masalah.

"Ini apabila terkejut kita perlu buat persediaan yang rapi untuk mengelakkan kesalahan atau kesilapan seperti sebelum ini," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: