Khamis, 23 Januari 2014

Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia mengasingkan patriot dengan pengkhianat


13mei

Lim Kit Siang

Kenyataan Media oleh Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 21 Januari 2014:

Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia mengasingkan patriot yang inginkan negara Malaysia yang bersatu, aman, harmoni dan makmur daripada para pengkhianat yang mahu mencetuskan satu lagi 13 Mei dengan menimbulkan kebencian kaum dan agama, serta konflik dan ketegangan melalui penipuan dan fitnah.

Semalam kumpulan ekstremis Perkasa mendakwa bahawa isu kangkung boleh mengakibatkan berulang kembali tragedi rusuhan kaum 13 Mei jika terus dimainkan, sambil turut mendakwa bahawa isu tersebut telah menjadi isu perkauman dan bercanggah dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Seorang jurucakap Perkasa berkata ramai yang dilihat tidak menghormati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu ini.

Katanya: “(Peristiwa) 13 Mei kita rasa akan berulang kembali. Ia boleh berulang kembali kalau ada yang mahu ia berlaku. Macam isu kangkung kalau keterlaluan, sampai kata orang ‘telunjuk mencucuk mata’. Ia tidak mustahil boleh berlaku.”

Bolehkah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 berulang kembali?

Ya, jika elemen pelampau dan kumpulan-kumpulan yang tidak dapat bertoleransi dibiarkan berterusan malah untuk memperhebat kempen menimbulkan kebencian kaum dan agama, ketegangan dan konflik antara kaum dengan menggunakan penipuan dan fitnah tanpa tindakan segera pihak berkuasa bagi menghentikan tindakan mengeluarkan kenyataan yang begitu tidak bertanggungjawab, menghasut, dan membangkitkan kebencian kaum dan agama, ketegangan dam konflik dalam masyarakat majmuk.

Satu contoh hasutan ke arah kebencian kaum dan agama, ketegangan dam konflik adalah protes yang dianjur oleh UMNO Pulau Pinang dan sekutu-sekutunya pada hari Sabtu, yang merupakan gangsterisme politik paling buruk dengan mengugut menggunakan soalan retorik: “Adakah DAP mahu satu lagi 13 Mei” yang turut mengusung bersama slogan dan kain rentang menakut-nakutkan serta bersifat perkauman, malah ada satu dengan warna merah darah dengan kata-kata, ““Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi… Mahu lagi kaa?” dan kain-kain rentang lain bertulis “ABCD – Asal Bukan Cina DAP” dan “DAP musuh Islam”.

Ini adalah sangat tidak bertanggungjawab, menghasut, dan membangkitkan kebencian kaum dan agama, ketegangan dam konflik apabila hakikatnya DAP langsung tidak terlibat dalam flash mob kangkung yang dianjurkan Lee Khai Loon, ADUN PKR Machang Bubuk; yang menjadi tajuk protes UMNO Pulau Pinang dan kuncu-kuncunya.

Meskipun protes Saudara Lee boleh dianggap melampau, menyakitkan hati dan tidak sensitif; beliau telah memperjelaskan bahawa ia tidak berniat untuk menghina Perdana Menteri tetapi bertujuan menunjukkan betapa berat beban dan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat akibat dari kenaikan harga barang.

Saudara Lee wajar mempertimbangkan untuk meminta maaf, terutamanya kerana ada pihak yang merasakan protes sedemikian sebagai melampau, menyakitkan hati dan tidak sensitif (dan saya termasuk dari kalangan mereka), malah pertimbangan yang lebih penting ialah untuk tidak membenarkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab mudah mencari alasan bagi memutarbelit insiden dalam usaha mereka bagi menghasut, serta membangkitkan emosi untuk memperhebat kebencian kaum dan agama, ketegangan dam konflik demi objektif utama untuk mencetuskan satu lagi 13 Mei dalam negara ini.

Anwar Ibrahim betul apabila menyifatkan bahawa flash-mob kangkung Lee Khai Loon menyumbat kankung ke mulut patung berbentik Najib adalah tidak seteruk tarian punggung oleh kumpulan pro-kerajaan yang dianggotai pesara tentera di hadapan ko-koordinator Bersih, Ambiga Sreenevasan pada tahun 2012.

Tarian punggung itu jelas lebih teruk berbanding flash-mob kangkung, tetapi tidak ada pula protes dari UMNO terhadap tarian punggung yang tidak berguna itu!

Saudara Lee harus membuat keputusan sama ada untuk memohon maaf atas insiden terbabit, yang harapnya akan memulakan kitaran berbudi di kalangan pemimpin dan aktivis politik supaya lebih sensitif kepada rasa tersinggung yang bukan sahaja wujud dalam konteks masyarakt pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya; malah terhadap situasi politik yang sedang hangat akibat daripada kewujudan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, berbahaya dan boleh bertindak melulu yang suka menangguk di air keruh termasuk untuk mencetuskan satu lagi 13 Mei demi memuaskan kepentingan politik peribadi jangka pendek mereka.

Begitupun tidak harus ada sebarang alasan untuk protes dan demonstrasi seperti yang dianjurkan UMNO Pulau Pinang pada hari Sabtu untuk membangkit api perkauman dan kebencian agama, serta ketegangan dan konflik menggunakan penipuan dan fitnah.

Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia mengasingkan patriot yang inginkan negara Malaysia yang bersatu, aman, harmoni dan makmur daripada para pengkhianat yang mahu mencetuskan satu lagi 13 Mei dengan menimbulkan kebencian kaum dan agama, serta konflik dan ketegangan.

Suatu pemisah antara patriot dan pengkhianat mesti digariskan demi menyelamatkan Malaysia daripada satu lagi peristiwa 13 Mei.

Patriot bercakap menggunakan bahasa keamanan, keharmonian, perpaduan dan tolerasi di Malaysia; manakala pengkhianat menyebarkan dakyah peperpecahan, konflik, kebencian dan intoleransi.

Seperti ‘pencuri menjerit ‘pencuri’!’ mereka yang mahu menimbulkan satu lagi 13 Mei akan pergi ke segenap ceruk bertanyakan jika orang lain turut mahu mencetuskan satu lagi 13 Mei!

Adakah pemimpin Barisan Nasional bersedia untuk bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat untuk duduk bersidang pagi memastikan kemenangan patriotisme dengan mesej keamanan, keharmonian, perpaduan dan toleransi demi mengatasi pengkhianatan yang menyebarkan dakyah perpecahan, konflik, kebencian dan intoleransi?

Malaysia berada dalam waktu yang luar biasa. Inilah zaman di mana pemimpin politik, tidak kira keanggotaan parti, mesti membuktikan bahawa mereka berada di kalangan patriot yang mahukan Malaysia yang bersatu, harmonis, makmur dan berjaya; serta tidak teragak-agak mahupun menyesal untuk memisahkan diri daripada para pengkhianat yang menyebarkan kebencian kaum dan agama, serta ketegangan dan konflik untuk mencetuskan semula 13 Mei.

Satu ujian untuk menentukan sama ada seseorang itu patriotik atau pengkhianat ialah samada seorang pemimpin politik atau suatu pegerakan itu memadam atau menyemarakkan api kebencian kaum dan agama di negara ini.

Di Selangor, telah wujud kerisauan bahawa nyawa paderi Katolik Father Lawrence Andrew mungkin dalam bahaya seandainya UMNO Selangor meneruskan rancangan 30 roadshow-nya yang memberi fokus kepada Paderi tersebut sebagai penyebab utama orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ di negeri tersebut, walhal kenyataan yang dikeluarkan Paderi tersebut adalah berasaskan konsensus komuniti Katolik.

Perdana Menteri dan Kabinet, pada esok hari mesti menghentikan roadshow UMNO Selangor ini yang hanya mungkin mencetuskan syak wasangka, kemarahan dan rasa tidak percaya yang melemahkan keharmonian antara agama dan kesepakatan nasional di dalam negara ini.

Tiada ulasan: