KAJANG
- Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini berpandangan penduduk di
sini harus bersyukur kerana pemimpin bertaraf dunia seperti Datuk Seri
Anwar Ibrahim sanggup turun untuk bertanding di Dun tersebut.
Menurut Azmin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, ketokohan ketua pembangkang itu bukan sahaja dikagumi di Malaysia malah di seantero dunia.

Oleh itu, kesanggupan Anwar untuk bertanding di Dun tersebut merupakan satu 'anugerah' untuk penduduk Kajang.
"Bukan Anwar kemaruk untuk jadi Adun.
"... dia pemimpin besar, bukan setakat pimpinan di Malaysia, sebaliknya dia pemimpin bertaraf dunia.
"Anwar bukan sahaja milik Selangor dan Malaysia, tetapi negara-negara Islam di Timur Tengah juga perlu kepimpinan beliau (Anwar)," katanya dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini.

Kelmarin, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan Lee Chin Cheh.
Kekosongan kerusi itu akan dipertahankan oleh Anwar yang diumumkan sebagai calon PKR semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan