RAKYATNEWS
Penyanyi dangdut, Ifa Raziah yang merancang untuk mengerjakan umrah pada
bulan Mac nanti tidak dapat berjanji untuk mengenakan hijab selepas
pulang menunaikan ibadah.
Penyanyi yang memiliki nama sebenar Saripah Raziah Mustapha, 39, ini
berkata, dia tidak mahu berjanji mengenai perkara tersebut kerana
bimbang tidak dapat menunaikannya dan akan memberi persepsi buruk kepada
dirinya.
"Perkara seperti itu perlu datang dari hati yang ikhlas dan saya sendiri
tidak tahu adakah saya akan memakai tudung secara kekal selepas pulang
nanti.
"Jika saya berjanji akan berbuat demikian tetapi gagal menunaikannya ia
akan memberi kesan lain kepada saya nanti," jelasnya kepada sebuah
portal.
Bercakap mengenai perancangan untuk mengerjakan umrah, Ifa berkata, dia
dan suaminya,Mohd Yani Abdul Rahman kini sedang memilih pakej serta
tarikh sesuai untuk ke sana.
Mereka berhajat untuk menunaikan umrah tahun ini setelah beberapa kali tertangguh niat suci itu.
"Sebelum ini sudah beberapa kali kami merancang untuk ke Mekah tetapi
masih belum rezeki untuk ke sana dan Insya-Allah pada bulan Mac ini kami
akan ke Tanah Suci.
"Buat masa ini kami sedang cari pakej sesuai dan masih belum menetapkan
tarikh untuk berangkat. Harap-harap urusan kami dipermudahkan," katanya.
Ifa turut bertanya kepada rakan-rakan yang pernah mengerjakan ibadah itu sebagai panduan ketika berada di sana nanti.
"Selain itu saya juga banyak membaca buku panduan dan doa sebagai
persediaan selebihnya banyak bertanya kepada rakan-rakan yang pernah ke
sana tentang pengalaman mereka," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan