KEADILAN DAILY
PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Selangor menjadi landasan penting dalam usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Justeru katanya, ketiga-tiga parti akan memberi tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya kecil DUN Kajang yang bakal berlangsung.
“Keputusan kita bersama untuk memastikan pimpinan Pakatan Rakyat seluruhnya bergerak menjadikan Selangor sebagai asas kuat
“(Kita menyokong prestasi baik kerajaan negeri Selangor sekarang untuk menjadi landasan penting membuktikan keupayaan kita untuk mengambilalih Putrajaya,” kata Anwar.
Ketika ditanya wartawan mengenai spekulasi mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor, Anwar berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal dengan jawatannya.
“Setakat ini keputsan kita (Pakatan Rakyat) saya minta Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan kerja, sementara kita boleh tumpu kepada piliha raya kecil DUN Kajang,” kata Anwar.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh atas khidmatnya.
“Kita ucap terima kasih kepada Lee Chin Cheh yang berkhidmat dengan baik. Beliau berundur untuk memberi ruang untuk kita tingkat usaha di Selangor,” kata Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan