Alif Mustapha
KAJANG - Para peniaga kecil terutamanya peniaga Bumiputera
bersedia untuk berkempen bagi menolak pemerintahan zalim sebagaimana
pemerintahan sebelum ini yang diperintah Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Wakil peniaga Ulu Langat - Serdang, Muhamad Hanapiah melahirkan rasa
kecewa beliau dengan kezaliman PKR selaku kerajaan pemerintahan negeri
itu yang menindas peniaga kecil.
"Kami kecewa dengan ADUN Kajang (Lee Chin Cheh) ini, masa roboh gerai
kami, dia langsung tidak menjenguk kami. Semua yang diroboh itu adalah
kawasan peniaga Melayu," katanya kepada pemberita dalam sidang media
bersama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS)
di Taman Mesra di sini hari ini.
Tambahnya, permohonan rayuan telah dibuat serta dihantar ke Majlis
Perbandaran Kajang (MPKj) sejak dua bulan lepas namun masih belum
menerima sebarang maklum balas.
"Sekarang kita minta peniaga meneruskan perniagaan mereka. Ada
dikalangan mereka yang sudah berniaga lebih 20 tahun. Sungguh
menghairankan, gerai bangsa asing lain seperti tiada lesen tiada pula
tindakan yang diambil, ini tidak adil," tegas beliau.
Sementara itu, peniaga di Sungai Jelok Norhayati Harun berkata beliau
bersedia untuk bertegas dengan apa jua rintangan yang dihadapi demi
mencari rezeki di bumi sendiri.
"Dulu kedai saya meriah, sekarang sudah jadi 'padang jarak padang
terkukur'. Mereka (MPKj) tidak benarkan saya berjumpa dengan Yang
DiPertua. Kami bertegas jika siapa-siapa nak datang roboh, saya akan
tunggu disitu biarpun saya terpaksa mati di khemah itu," ujarnya dengan
nada kesal.
Pada 30 Oktober tahun lepas kira-kira 70 orang anggota MPKj bertindak
merobohkan gerai para peniaga Melayu di Taman Mesra, atas alasan mereka
(peniaga) berniaga dengan membina bumbung kekal dan menyediakan
peralatan seperti kerusi dan meja.
Sehubungan itu Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah berkata pertubuhan
itu bersama perniaga akan menunjukkan video kezaliman MPKj menerusi
arahan kerajaan negeri (PKR) ketika merobohkan gerai mereka sewaktu
berkempen di N25 Dun Kajang kelak.
"Peniaga kecil jangan tertipu lagi dan termasuk peniaga Cina jangan jadi
bodoh. Waktu kempen kita akan tunjuk video ini kepada peniaga kecil
yang lain. Kami akan berkempen untuk menolak Pakatan Rakyat (PR). Cara
mereka kendali (memerintah) macam komunis, pengganas, macam Yahudi cara
mereka," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan