Jumaat, 17 Januari 2014

KPDNKK Perlu Pantau Harga Barang Mentah Setiap Masa


rakyatnews_mohdrazlan


 Bariq Ramadhan


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disarankan untuk menugaskan pekerja bagi meninjau dan mengawal harga barang mentah di setiap pasar.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata sistem baru perlu dibuat supaya dapat mencegah manipulasi harga penjual kepada pengguna barang mentah.

"Bila kita lihat cara penyusunan atau sistem penjualan pada pasar borong kita perlu ubah. Sistem harga perlu ubah dan kita perlukan penguatkuasa yang betul-betul duduk disini untuk memantau harga bagi setiap peniaga kerana peniaga sering menukar harga.

"Saya rasa kita perlu membuat sistem harga yang disarankan kepada pengguna dan (peniaga) yang tidak mengikuti harga tersebut, pengguna ada hak untuk mengadu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas meninjau harga barangan mentah bersempena Tahun Baru Cina di Pasar Chow Kit di sini, awal pagi tadi.

rakyatnews_pasarchowkit


Tinjauan mendapati peniaga segera menukar harga barangan mentah yang dijual apabila menyedari pemeriksaan dilakukan di pasar tersebut.

Disamping itu, beliau turut menasihati agar pembeli untuk meninjau harga yang ditawarkan penjual barangan mentah terlebih dahulu sebelum membeli di Pasar Chow Kit.

"Saya lihat kebanyakan peniaga terus menukar harga apabila menyedari kami mahu meninjau harga barangan mentah disitu.

"Jangan percaya kepada satu peniaga kerana harga yang ditetapkan oleh peniaga tidak menentu dalam sesebuah kedai terutamanya pelanggan tetap,"katanya.

Semalam, tinjauan di Pasar Borong Selayang mendapati peniaga telah menetapkan harga dalam keadaan terkawal.

Tiada ulasan: