Isnin, 6 Januari 2014

Isteri mati ditikam, dikelar suami, pensyarah IPTA

 
Post Pic
 
 
KLANG: Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kelar di leher dipercayai dilakukan suaminya yang merupakan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam kejadian di sebuah hotel di sini, awal pagi Isnin.
 
Menurut laporan Utusan Online, seorang saksi melihat lelaki tersebut menikam isterinya di dalam bilik hotel tersebut kira-kira pukul 5 pagi.
 
Saksi tersebut kemudian bertindak membuat laporan polis.
 
Lelaki itu dikenali sebagai Ghazalee Ahmad, 58, manakala isterinya adalah Norazlina Mohamed Saaid, 49, merupakan seorang suri rumah.

Tiada ulasan: