Sabtu, 18 Januari 2014

Ambiga cabar PM isytihar harta

MALAYSIAKINI





Perdana Menteri Najib Abdul Razak dicabar supaya mengisytiharkan hartanya bagi menunjukkan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah.

Ketika membuat cabaran itu, bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga juga berpendapat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti diketuai seorang yang boleh memaksa perdana menteri mengisytiharkan hartanya.


Di samping itu, katanya, ketua SPRM itu juga mesti bersedia untuk meletak jawatan jika berlaku campu rtangan dalam kerjanya.

Ketua SPRM itu juga, tambah Ambiga, mesti sanggup untuk menyiasat perdana menteri.

Manakala perdana menteri pula seorang yang akan mengatakan
bahawa dia bersedia untuk disiasat dan mengisytiharkan hartanya, kata Ambiga dalam satu ucapan malam tadi.

Ambiga berkata demikian semasa pelancaran badan pemantau anti-rasuah yang baru - Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Sejak kebelakangan ini, tekanan meningkat ke atas SPRM supaya menggunakan sepenuh kuasanya untuk membasmi rasuah besar oleh golongan elit politik.

Ambiga, seorang peguam kanan dan bekas presiden Majlis Peguam
berkata, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memberi kuasa kepada pegawai suruhanjaya untuk bertindak walaupun hanya disyaki.

Bagaimanapun, katanya, SPRM kelihatan seolah-olah "mengikat tangannya sendiri" dengan mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai kuasa pendakwaan.

Ambiga berkata Akta tersebut juga membolehkan penyiasat SPRM memaksa pegawai awam mengisytiharkan harta mereka.

"Mereka (pegawai SPRM) bimbang (pengisytiharan harta) akan membahayakan keselamatan (mereka yang disiasat).

1 ulasan:

Unknown berkata...

Mintak juga Nuar Brahim isytihar harta. Mai mana duit tu !Mewah sangat aku tengok. Kereta mewah belas bijik, pengawal peribadi 6/7 orang. Tak kan orang sedekah kot?