Skuad BO
Menurut Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim, program anjuran bersama Lujnah Kebajikan PAS Negeri Terengganu dan jentera PAS DUN Teluk Pasu memberikan khidmat gotong royong membaiki rumah, menziarahi golongan warga emas serta rawatan perubatan percuma.
"Program (diadakan) dalam bentuk gotong royong membaiki rumah dan ziarah kebajikan, sebelas buah keluarga (rumah dikunjungi) yang bermula pada pukul 9.30 pagi tadi dan berakhir 12.45 tengahari,
[Gambar - Atas; Ustaz Ridzuan 'turun tangan' turut membantu membaiki sebuah rumah yang dibaik pulih, Bawah; menziarahi seorang warga emas bersama khidmat perubatan percuma]
Menurutnya, program terbabit akan diteruskan pada hari kedua PGU7.0 esok, Sabtu 16 Februari yang akan turut disertai oleh pimpinan PAS Peringkat Negeri.
Sehubugan itu, selaku tuan rumah kepada PGU7.0, beliau mengucap jutaan terima kasih, kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berprestij tersebut, yang merupakan program himpunan terakhir Badan Perhubungan PAS Terengganu sebelum menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 yang dijangka tidak berapa lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan