Jumaat, 15 Februari 2013

Sah, PM hadir majlis CNY Dong Zong Ahad ini


MALAYSIA KINI


 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima jemputan Dong Zong untuk menghadiri majlis rumah terbuka pertubuhan pendidik Cina itu Ahad ini.

Perdana menteri mengesahkan kehadirannya melalui sepucuk surat yang diterima oleh Dong Zong dari Pejabat Perdana Menteri hari in, kata Timbalan Pengerusinya, Chow Siew Hon ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, satu sidang akhbar akan diadakan esok berhubung perkara tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Wong Nai Chee turut mengesahkan bahawa Najib akan menghadiri majlis rumah terbuka Dong Zong.

"Ya, saya baru dimaklumkan (bahawa perdana menteri akan menghadiri majlis tersebut). Saya hanya tahu petang ini," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu sama ada perdana menteri akan membuat sebarang pengumuman mengenai permintaan Dong Zong semasa kunjungan tersebut.

Dong Zong sebelum ini telah menyatakan hasrat mereka agar kerajaan mengiktiraf United Examaniation Certificate (UEC) dan meluluskan empat sekolah cina persendirian yang baru.
Sementara itu, akhbar the Malay Mail melaporkan hari ini bahawa Dong Zong atau Jawatankuasa Persatuan Sekolah Cina Malaysia berkata, perdana menteri bersetuju menghadiri majlis tersebut bertempat di Pusat Pembelajaran Tingginya di Jalan Bukit, Kajang.

Menurut akhbar itu, kira-kira 3,000 tetamu, termasuk Pesuruhjaya Tinggi Singapura, serta duta dan kumpulan pendidikan dari China dan Taiwan dijangka menghadiri majlis rumah terbuka tersebut, tambahnya.

dong zong rally against educational blueprint 251112 yap sin tian 03The Malay Mail memetik Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian berkata ia akan menjadi satu peristiwa yang bersejarah kerana Najib merupakan perdana menteri pertama dalam tempoh 50 tahun, menghadiri majlis Dong Zong dan ini akan menjadi isyarat yang baik ke arah memupuk hubungan yang lebih baik antara kerajaan dan masyarakat Cina.

"Kehadiran Perdana Menteri akan melambangkan pentingnya masyarakat Cina dan kedudukan (Najib) dalam masyarakat tersebut," katanya.

Menurut Dr Yap lagi, Dong Zong telah ditubuhkan selama 58 tahun dan ini adalah kali pertama huluran tangannya disambut oleh seorang perdana menteri sebagai pemimpin tertinggi negara ini.
Yap berkata kehadiran perdana menteri akan meningkatkan mood keseluruhan majlis sambutan tersebut.

Tiada ulasan: