Selasa, 19 Februari 2013

Raja Nong Chik Sindir Pemimpin Partinya Sendiri?

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/utusan%20malaysia-kristian%20agama%20rasmi.jpgMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah mewasiatkan supaya masyarakat di Wilayah Persekutuan supaya berwaspada dengan mereka yang suka memecah belahkan masyarakat dengan menabur fitnah serta janji kosong. Ingatan Datuk Raja Nong Chik sebenarnya wajar ditujukan kepada jentera dan pemimpin partinya sendiri. Ini kerana semua ingatan yang disampaikannya dilakukan oleh pemimpin dan ahli partinya sendiri.

Jika budaya menabur fitnah dianggap sebagai elemen perpecahan dalam masyarakat, sebaiknya Datuk Raja Nong Chik menoleh kepada media milik kerajaan BN sendiri iaitu Utusan Malaysia. Hampir setiap bulan akhbar ini serta media utama milik kerajaan BN yang lain disaman di mahkamah dan hampir kesemuanya media ini kalah di mahkamah. Berita yang sarat dengan fitnah keterlaluan menyebabkan rakyat menjadi meluat dan tidak percaya terhadap semua maklumat yang ada di dalamnya. Rakyat kini membaca media utama milik kerajaan BN dalam keadaan terbalik, benar dianggap dusta manakala dusta dipandang betul.

Selain itu, siapakah pemimpin yang menaburkan fitnah dengan tayangan video lucah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘meletup’ di pasaran sehingga media utama menyiarkan tayangan lucah ini hampir setiap malam suatu ketika dahulu?

Datuk Raja Nong Chik juga seakan menyindir pemimpin partinya yang kerap menabur janji-janji yang sedap bunyinya namun kosong pengertiannya. Dalam keadaan masalah rakyat tidak selesai seperti isu ekonomi, pengangguran, kemiskinan bandar, pendidikan, perumahan, jenayah, rasuah, dan lain-lain, pemimpin beliau pula kerap turun padang dan menabur pelbagai janji baharu. Dalam keadaan mereka memerintah negara sudah lebih 50 tahun masih banyak isu dan janji dahulu tidak tertunai, mereka hadir pula dengan janji-janji baharu yang retorik.

Berbeza dengan PR, beliau boleh melihat kepada ‘track record’ cemerlang yang telah dibuktikan oleh kerajaan PR. Ambillah pengajaran dan contoh melalui kerajaan Selangor yang terus mengekalkan rekod cemerlang dalam pentadbiran dan pertumbuhan ekonomi di samping pemerintahan yang cekap dan amanah. Contoh yang baik juga boleh diambil dari kerajaan beramanah dan berkebajikan seperti Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Bandingkan pula dengan rekod lemah dan terus merudum kerajaan negeri-negeri yang lain. Terserlah kebenaran kata-kata beliau melalui kesemua fakta yang dikemukakan ini.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: