Sabtu, 2 Februari 2013

Peserta protes bina 'Tembok Besar' di tapak stesen MRT

 


 
Sekumpulan peserta protes mendirikan 'Tembok Besar' sepanjang 150 meter di sekitar tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni sebagai  langkah simbolik menentang kehadiran projek itu di sekitar kawasan Jalan Sultan.

NONE'Tembok' itu diperbuat daripada kain rentang panjang warna kuning
dengan lukisan batu-bata, lengkap dengan 'graffiti' anti-MRT, seperti 'Anda padam kami dari peta','Pertahankan warisan kita', dan lukisan mengejek MRT sebagai' Mari Rampas Tanah '.

Ketika berucap kepada kira-kira 300 peserta protes itu,  Pengerusi Bersama Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan (PJSC) Stanley Yong berkata mereka - seperti Tembok Besar China - berada di situ untuk menunjukkan keazaman mereka memelihara Jalan Sultan.

NONESelain membantah pembinaan MRT di kawasan warisan itu, kumpulan tersebut juga menggesa supaya pembinaan menara Warisan Merdeka setinggi 118 tingkat dekat situ dibatalkan dan adakan semula pilihan raya tempatan apabila memilih Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Selepas beberapa ucapan, Yong (kanan) dan pemimpin lain mengetuai kumpulan tersebut berarak dari Gospel Hall Church ke tapak pembinaan stesen bawah tanah pada kira-kira jam 10.15 pagi, ketika mengambil lencongan melalui Chinatown.

Mereka berarak dengan kain rentang dibuka sepenuhnya, dengan didahului oleh kumpulan perkusi Cina. Ia menarik perhatian pelancong manakala pemandu membunyikan hon tanda sokongan.

Sementara itu, sekumpulan kira-kira 30 anggota polis dan RELA membantu mengawal lalulintas.

NONEAntara mereka yang mengetuai kumpulan itu bersama dengan Yong
ialah Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun; Presiden Gabungan Pertahankan Taman Merdeka Negara, Ishak Surin, Jimmy Chok dari Gospel Hall Church, dan Presiden Persatuan Penjaja KL, Ang Say Tee (kiri).

Kumpulan itu tiba di luar tapak pembinaan pada kira-kira jam 10.30 pagi dan kemudian mula mengelilinginya. Bagaimanapun, kain rentang itu hanya cukup lama untuk menutup separuh daripada tapak tersebut.

Tiada ulasan: