Khamis, 7 Februari 2013

Pemuda PAS Sedia Kerjasama Mengesan 'Pendemo' Jahat

Editor Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/demo%20jahat.jpg


 1-Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menafikan tindakan dan demo yang diadakan di perkarangan masjid Tengku Tengah Zaharah seperti yang tersiar dalam akhbar pada semalam, dan pada hari ini di Masjid Sultan Ahmad di Kemaman dilakukan oleh ahli dan penyokong PAS. Tiada arahan dan bukan ajuran PAS. DPPNT percaya himpunan tersebut adalah satu lakonan musuh politik PAS dan PR yang hanya mahu memecah belah PR dan menimbulkan suasana tidak aman dalam negara ini.

2- DPPNT mendesak pihak keselamatan bertindak segera menahan golongan yang menghina pemimpin negeri/ketua menteri yang dipilih oleh rakyat. Ketua menteri yang dilpilih melalui sistem yang sah/demokrasi. Golongan ini juga menghina dan mempertikaikan sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara.

3- Mendesak pihak keselamatan menjejaki dan menyiasat pihak penganjur dan peserta demo yang mempermainkan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan dan mencetuskan kemarahan dan permusuhan antara rakyat pelbagai kaum dan agama.

4- DPPNT berpandangan, jika pihak keselamatan boleh mencari golongan yang memijak gambar Perdana Menteri, pihak keselamatan juga mesti adil dalam isu ini. Demikian juga, pihak keselamatn sedang menjejaki ibubapa yang membawa anak di HKR, maka pihak keselamatan juga mesti menjejaki pihak yang yang terlibt dalam demo ini.

5- Pihak DPPNT sedia memberi kerjasama kepada pihak keselamatan untuk mengesan mereka yang terlibat ini demi memastikan kerja jahat mereka dapat dibongkarkan. DPPNT percaya siasatan yang adil dan maklumat yang tepat  mesti diperolehi rakyat bagi mendokong semangat demokrasi.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Tiada ulasan: