SINAR HARIAN
KUANTAN - Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok
bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan
yang cedera akibat dilambung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu
rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta
Kanak-kanak 2010.
"Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu
laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan
berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama hari
ini.
Pada 15 Februari lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat
laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak
melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami
lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar
tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada
7.45 pagi.
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan