Atas alasan itu, beliau melakukan kunjungan ke setiap negeri sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
“Tiada apa-apa istimewanya kunjungan itu, bukan pecutan sebaliknya lebih kepada kebimbangan Najib bahawa BN perlu kerja lebih kuat berbanding PRU lalu.
“BN bimbang PRU kali ini akan membawa peralihan kuasa kepada Pakatan. Justeru itu, dengan turun padang, beliau dapat memastikan jentera bekerja lebih kuat untuk bersaing dengan Pakatan,” katanya.
Kelmarin, penganalisis politik menyatakan pandangan bahawa kunjungan Najib ke beberapa negeri, setelah Pulau Pinang, Johor dan Sabah semalam, sebagai pecutan terakhir dalam menghadapi pilihan raya.
Najib pada Jumaat berada di Ipoh bagi merasmikan Pusat Transformasi Urban dan akan ke Seri Iskandar selepas solat Jumaat untuk menghadiri program bertemakan Mengubah Destini Orang Asli.
Penganalisis berpendapat kunjungan itu penyuntik semangat kepada pemimpin di peringkat akar umbi bersedia hadapi PRU.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian bagaimanapun menyifatkan kunjungan Najib itu tidak langsung menjadi faktor yang menggetarkan Pakatan.
“Bagi pihak PR, kami sudah lama bersedia. Hanya tunggu masa pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata, meskipun pelbagai gula-gula pilihan raya ditawarkan kepada rakyat untuk meraih undi, ia tidak langsung menjejaskan sokongan rakyat terhadap PR.
"Hanya penyokong tegar Umno dan BN sahaja yang kekal menyokong," katanya.
Perdana Menteri mempunyai masa sehingga 27 April ini untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi bubarkan Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan