Khamis, 14 Februari 2013

Najib Razak Digesa Mohon Maaf Kepada Mahasiswa


mahasiswa pukul pekan feb11

SHAH ALAM  : Datuk Seri Mohd Najib Razak digesa memohon maaf kepada kepada kumpulan mahasiswa ekoran insiden ‘keganasan’ terhadap kumpulan itu yang berlaku di Parlimen Pekan.

 Dalam kejadian itu, didakwa sekumpulan ahli Umno bertindak ganas dengan memukul mahasiswa yang juga bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) Ekhsan Bukhari, ketika selesai mengedarkan risalah ‘Harapan Malaysia’.

Naib Ketua AMK Malaysia, Azmizam Zaman Huri berkata, insiden keganasan terbaru ini sebagai satu lagi siri kegagalan Najib sebagai Perdana Menteri, dan juga Ketua Umno Bahagian Pekan yang tidak mampu melakukan transformasi.

“Kegagalan Najib ini juga dilihat sebagai satu simbol kelemahan pentadbiran beliau yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia,” kata Azmizam yang juga Ketua AMK Selangor dalam kenyataan medianya,

Azmizam mempersoalkan sekiranya benar Najib diterima oleh majoriti mahasiswa seperti yang didakwa dalam satu kajian, mustahil Perdana Menteri itu goyang apabila berhadapan dengan kempen demokrasi yang dilakukan oleh lima orang mahasiswa sahaja.

“Jelas ada kegusaran sebenar yang disembunyikan Najib selaku orang nombor satu Umno yang bukan sahaja goyah di peringkat Nasional, tetapi juga mungkin merasa bahang dibenci di bahagian sendiri.

“Najib perlu bertanggungjawab sebagai Ketua Bahagian dan Perdana Menteri untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi,” katanya.

Tambah Azmizam, sekiranya kawasan Parlimen yang diwakili Perdana Menteri sendiri tidak selamat untuk satu kempen demokrasi yang bebas, apakah nasib individu atau kumpulan lain yang cuba menjual idea dan hujah terutama ketika bahang PRU 13 semakin hampir.

“Adakah ini isyarat penolakan dan sabotaj ahli Umno Bahagian Pekan sendiri terhadap Najib Razak, kerana mustahil mereka yang melakukannya tidak sedar akan impak negatif yang akan terpalit pada imej Najib Razak berikutan insiden ini.

“Najib Razak harus segera menyiasat apakah wujud ‘gunting dalam lipatan’ di bahagian Umno Pekan sendiri,” katanya.

Tiada ulasan: