Kata Khalid, keputusan penyingkiran Wan Ab. Halim dibuat berdasarkan hasil siasatan dalam KSSB.
"Perkara ini (pemecatan) dilakukan oleh Lembaga Pengarah.
"... saya tidak boleh halang ataupun campur tangan apa yang dilakukan mereka asalkan demi keadilan ia mesti dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Asrama Anak Pekerja Selangor di Bangunan Peladang di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas sebab-sebab Wan Ab Halim dipecat sambil menyifatkan ia di luar pengetahuannya.
Malah Abdul Khalid mempertahankan tindakan lembaga pengarah KSSB itu yang dibuat mengikut prosedur yang betul.
Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor itu menjadi perhatian ekoran krisis pengurusan apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya dipecat.
Pelantikan Wan Ab. Halim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Julai 2010, dipecat oleh lembaga pengarahnya atas alasan salah guna kuasa dan melanggar prosedur operasi.
Pemecatannya Wan Ab. Halim, 65, dilihat mengejutkan banyak pihak dalam KSSB sendiri memandangkan kontraknya disambung dua tahun lagi oleh Menteri Besar, Julai lalu.
Pemecatannya dimaklumkan kepada Wan Ab Halim secara bertulis awal bulan selepas lembaga pengarahnya melantik sebuah firma bebas untuk menjalankan siasatan.
Wan Ab. Halim, 62, yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom berpengalaman luas dalam bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batu, timah, besi dan emas.
Kerajaan negeri Selangor menubuhkan KSSB bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.
KSSB melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang dirasmikan oleh Abdul Khalid sendiri.
KSSB yang ditubuhkan pada 26 Jun 2008 merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).
KSSB menguruskan aktiviti pengestrakan pasir mengikut tatacara dan peraturan-peraturan ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal, Pentadbir Tanah dan Pentadbir Negeri, pemegang permit pemindahan pasir sah, membayar royalti sepenuhnya untuk pasir yang dipindahkan, menjalankan dan memantau operasi pemindahan pasir mengikut peaturan, mendokong program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan