Katanya, keadaan itu tidak mungkin berlaku hanya kerana mana-mana parti politik yang bertanding itu tewas dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.
“Arab Spring itu berlaku kalau berlaku penipuan dalam pilihan raya, tak ada demokrasi, bukan soal kalah, kita dah banyak kali kalah, tak ada masalah, tak ada pun turun ke jalan raya.
"... Pas sendiri dah banyak kali bertanding dan kalah dalam pilihan raya, tapi kita tak turun jalan pun,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin yang percaya 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.
Pandangan itu diberi susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Kata Musa, pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka untuk membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat.
1 ulasan:
Terjemahan huru-hara ini mungkin diugut oleh parti memerintah sekarang kepada parti yang akan memerintah selepas PRU- 13 akan datang,bagi Rakyat yg tinggal di kampung hanya mungkin putus bekalan keperluan sahaja, tetapi di Bandar-bandar akan banyak kemusnahan akan berlaku, tuduh menuduh pihak mana yang terbabit akan menjadi-jadi... agaknya berbulan-bulan juga akan pulih sementara sahaja daam keadaan was-was... pelabur asing juga berangkat ke Negara lebih aman dan kos operasi yang rendah, pekerja asing juga yang bermewah di Malaysia keluar dengan tidak perlu dinyahkan mereka dari tanah air Malaysia.Banyak urusan akan terbengkalai.. Parti yang belum menjadi pemerintah Negara tidak mungkin buat kacau bilau walaupun kalah sebab dah biasa kalah... Negeri Perak contoh terdekat..ini pandangan peribadi saya sebagai seorang rakyat malaysia yang lahir di Negara Malaysia.
Catat Ulasan