Dakwanya, ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Subang Jaya selepas menghadiri mesyuarat di sebuah kolej swasta di sini.
Katanya, sebaik membelok keluar dari Bandar Puchong Jaya menghala ke Bandar Puteri, air tiba-tiba melimpah penuh di atas jalan menyebabkan keretanya dan tiga lagi kereta berdekatan tidak dapat bergerak.
Dalam keadaan cemas itu, Choong berkata, dia mengambil keputusan berdiam diri dalam kereta dan tidak membuka pintu kerana khuatir air melimpah masuk dalam kenderaan.
Menurutnya, apa yang difikirkan ketika itu, kereta yang seolah-olah menjadi sampan bergerak di atas jalan itu berlanggar dengan kereta lain yang turut terkandas di atas jalan.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika hujan lebat, memang saya tidak sangka menjadi mangsa dan terperangkap sebelum kereta saya ditarik oleh orang ramai menggunakan tali.
“Saya tidak pandai berenang, memang takut hendak buka pintu dan keluar dari kereta apabila melihat paras air di luar sudah melebihi pinggang,”katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, dalam kejadian semalam, lebih 30 buah kereta ditenggelami air termasuk yang diletakkan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah terkenal di sini.
Sinar Harian difahamkan, ruang kedai tingkat bawah pusat beli-belah itu turut dinaiki air malah kawasan sekitar Bandar Puchong Jaya tenggelam dan kesemua laluan LDP ke Bandar Puteri terpaksa ditutup kepada pengguna selama beberapa jam.
Kejadian semalam turut menyebabkan kesesakan berlaku hampir tiga kilometer dari arah Sunway ke Puchong Perdana.
Artikel Berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan