Rabu, 13 Februari 2013
Konsert Gangnam: Najib Digesa Bentang Penyata Kos Tajaan Psy
KELAB GREENBOC
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff gesa Perdana Menteri bentangkan penyata kos tajaan artis pop Korea Selatan, Psy yang mendapat bayaran semahal RM2 juta.
Ia ekoran kenyataan Datuk Seri Najib Razak dalam twitter kononnya persembahan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Oppa Gangnam Stlye’ di majlis Rumah Terbuka BN Pulau Pinang itu semalam tidak menggunakan wang rakyat.
“Isunya bukan pasal duit siapa, tetapi sikap penanggungjawaban dan urus tadbir kerajaan. Ketika rakyat dihimpit bebanan ekonomi, kerajaan bazirkan wang begitu saja untuk bawa masuk artis luar negara,” kata Yusmadi.
“Jika benar ada pihak yang menanggung kos untuk persembahan itu, kenapa perlu dimasukkan dalam agenda BN? Sedangkan kita tahu di Pulau Pinang, Najib memang menerapkan slogan ’1Malaysia’. Ini jelas ia agenda BN,” katanya ketika dihubungi.
Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu mempersoal kehadiran Najib semasa Psy membuat persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
“Adakah Najib bercakap atas kapasiti Perdana Menteri atau Presiden Umno? Sebagai Perdana Menteri, ia pasti melibatkan dana dan kepentingan awam,” katanya.
“Apa pun alasan Najib, beliau kena bentangkan penyata dan jelaskan siapa penaja konsert dan berapa bayarannya,” sambung Yusmadi.
Psy dilaporkan dibayar hampir RM2 juta untuk persembahan selama lapan minit, dengan mempersembahkan lagu popularnya sebanyak dua kali.
Turut menyaksikan nyanyian Psy di padang Kolej Han Chiang, Georgetown, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka Norashman dan Nooryana Najwa.
Najib dalam ucapannya mengulangi komitmen untuk membina sistem monorel dan sistem penyuraian trafik demi memperbaiki sistem pengangkutan di negeri itu jika diberi peluang memerintah semula.
Namun sekalipun Najib memboroskan RM2 juta bagi meraikan sambutan itu, beliau tetap gagal meraih sokongan rakyat apabila penonton terang-terangan menolak BN dengan menjawab ‘No’ (tidak) apabila ditanya Najib ‘Are you ready for BN?’ (Bersediakah anda dengan BN).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan