Rabu, 6 Februari 2013

Ketirisan wang cukup untuk beri pendidikan percuma – Anwar

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Nilai ketirisan wang rakyat dan pembaziran oleh Kerajaan Pusat kini bukan sahaja mampu menampung kos pendidikan percuma malah lebih dari mencukupi.

Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan mengatakan negara akan muflis jika pendidikan percuma dilaksana dan menyifatkannya pembohongan Umno BN.

“Negara boleh muflis disebabkan pembaziran dan ketirisan kerajaan dalam berbelanja, bukan sebab beri rakyat pendidikan percuma.

Unisel

“Contohnya kita dapat lihat Kerajaan Selangor bina jalan dengan spefikasi sama dengan jalan dibina Kerajaan Pusat, tetapi kos kerajaan negeri jimat lebih 30 peratus,” katanya dipetik Media Selangorku.

Beliau menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pendidikan Percuma di Malaysia: Suatu Realiti’ di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan 2013, Universiti Selangor (Unisel), di sini, pagi tadi.

Ketua Umum KEADILAN itu turut mengingatkan kerajaan tentang keperluan pendidikan percuma dan isu kualiti pendidikan negara hendaklah diambil perhatian serius.

Justeru, katanya, Pakatan Rakyat menjamin akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin sekiranya menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Tiada ulasan: