Oleh Arif Juhani
KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yakin,
kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ diterima baik rakyat ekoran kempen itu
membolehkan lebih ramai memiliki kereta pilihan dengan harga mampu
milik.
“Saya yakin kempen ini ‘melekat’ dalam minda rakyat kerana saban hari
kita mengulangi janji menurunkan harga kereta selepas menawan
Putrajaya.
“Rata-rata rakyat menanggung kos sara hidup tinggi, dengan penurunan
harga kereta membolehkan mereka fokus untuk memiliki rumah yang selesa,”
katanya ketika dihubungi.
Rafizi
berkata, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kempen itu
digiatkan melalui papan iklan, grafik, edaran pelekat kempen dan
manifesto Pakatan Rakyat.
KEADILAN sebelum ini mengedarkan lebih 50,000 pelekat kereta
‘Turunkan Harga Kereta’ kepada pengguna tol di sekitar Lembah Klang
sempena perayaan Aidilfitri, disusuli jelajah kempen ke beberapa negeri
antaranya, Pulau Pinang dan Sarawak.
Selain pelekat, KEADILAN turut mengubahsuai sebuah kereta yang
didermakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai kereta rasmi
kempen.
KEADILAN menurunkan harga kereta melalui kaedah penghapusan cukai eksais secara berperingkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan