Keputusan tersebut tidak mengubah kedudukan pasukan kendalian B. Sathianathan itu yang mengumpul 14 mata selepas lapan perlawanan setakat ini.
Terengganu pula naik tiga anak tangga - menduduki kesembilan liga dengan mengumpul lapan mata hasil lapan perlawanan setakat ini.
Dalam perlawanan itu, Terengganu terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Khairol Ramadan pada minit ke-30.
Begitu pun, kealpaan benteng pertahanan Terengganu mengundang padah apabila Marlon James meledak gol penyamaan pada minit ke-75.
Terengganu yang tersentak dengan jaringan itu bangkit dan percubaan Ashaari Shamsudin pada minit ke-81 membuahkan hasil apabila berjaya menewaskan penjaga gol ATM untuk gol kedua.
Kegembiraan Terengganu tidak bertahan lama apabila Christie Jayaseelan meledak gol penyamaan 2-2 pada minit ke-89.
Terengganu yang beraksi di halaman sendiri memastikan tiga mata menjadi milik skuad Penyu apabila Ashaari sekali lagi menjaringkan gol ketiga pada babak akhir perlawanan.
Pada aksi seterusnya, ATM akan bertemu Pahang di Stadium Paroi 1 Mac, manakala Terengganu menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 8 Mac ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan