Rabu, 20 Februari 2013

Husam bertemu Taib Mahmud di Kuching

Harakah,


KUCHING: Menjelang pilihan raya umum ke 13, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa melakukan kunjungan hormat menemui Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 18 Februari 2013 di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, dekat sini.

(Taib membaca dokumen yang diberikan Husam dalam pertemuan mereka)

Walaupun pertemuan tersebut bertujuan untuk  membincangkan pendirian kedua-dua negeri terhadap Akta Wilayah Laut 2012 yang dibentangkan ke Parlimen oleh Kuala Lumpur, ia satu kunjungan yang penting antara PAS dan pemimpin Sarawak itu.

Husam adalah Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Roadmap to Putrajaya yang dibentuk oleh PAS.

Beliau banyak terlibat dalam membentuk strategi PAS untuk membuka jalan yang luas bagi membolehkan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya selepas pilihan raya umum ini.

Kunjungan beliau ini dibaca dengan penuh makna oleh pelbagai pihak.

Tiada ulasan: