Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar
akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima
arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu
yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai
SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga
Mongolia itu.
Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu
berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat
pada masa akan datang.
"Ada
arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau
membunuh Altantuya. Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut
dalam akuan bersumpahnya.
“SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor,” kata Deepak.
Deepak secara bertulis kepada Malaysia Chronicle kelmarin berkata, ‘seseorang’ menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib.
Dalam artikel bertajuk ‘Order for Altantuya murder came from Najib,
Baginda was sexually impotent – Deepak claims’ itu, Deepak tanpa
menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3.
Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri
Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua
yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).
Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan ‘fakta tertentu dan butiran panas’ urusan antara Najib dan Altantuya.
Ekoran itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah mendesak
Pejabat Peguam Negara dan polis membuka semula siasatan pembunuhan
Altantuya dan merakam kenyataan Deepak.
“Tiada tindakan bermakna meneruskan konspirasi menyembunyikan kebenaran,” kata Sivarasa dalam kenyataan.
Deepak turut mendedahkan, dia membuat pembayaran kepada Najib dan
Rosmah daripada ‘hasil Glomac Tower kepada sebuah anak syarikat Kuwait
Finance House’.
“Bukti ini direkodkan oleh Datul Jamidan, Pengarah Kanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2011.
“SPRM perlu jelaskan segera kepada rakyat Malaysia sama ada dakwaan
pembayaran kepada Najib dan Rosmah adalah benar,” kata Sivarasa yang
juga Ahli Parlimen Subang.
“Kami juga menunggu respon SPRM mengenai dakwaan Deepak disokong
dokumen bahawa dia memberi hadiah mahal dalam bentuk berlian dan barang
kemas untuk Rosmah.
“Akhirnya, untuk kali pertama Deepak menyatakan dengan bertulis
berita yang melingkari negara sejak pembunuhan yang berlaku pada Oktober
2006 berhubung penglibatan Najib dan isteri dalam pembunuhan
Altantuya,” kata Sivarasa.
Akuan bersumpah pertama & kedua
Dalam surat permohonan untuk mendapat imuniti sebagai saksi kepada
Peguam Negara semalam, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di
dalam perbuatan kedua-dua SD bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.
Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila
beliau dihubungi Rosmah bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri
apabila Najib dilibatkan secara langsung dalam SD1.
Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala.
Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh Rosmah.
Beliau
diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai ‘kakak’ berbuat demikian
selepas Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya
yang pertama.
Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian
Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam
pada 2006.
Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1.
Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.
Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala.
Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.
Ketika SD 1 dan 2 tanpa sebarang siasatan, kini muncul pula SD 3 sebagaimana didedah Deepak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan