Selasa, 12 Februari 2013

Dr M dikritik kerana berpura-pura lupa terlibat dalam Projek IC


KUALA LUMPUR — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad berpura-pura lupa apabila menafikan penglibatannya dalam “Projek IC” yang membawa pendatang tanpa izin di Sabah.

“Saya rasa Dr Mahathir boleh kata beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.

“Saya rasa dia sudah nyanyuk. Dia hanya ingat perkara baik seperti KLCC,” kata ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP Anthony Loke kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Menara Berkembar Petronas, projek mega di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri yang berulang kali dituduh mengetuai “Projek IC”, inisiatif yang dijalankan pada 1980an di mana kewarganegaraan Malaysia didakwa ditukar dengan undi kepada Barisan Nasional, dan beliau menafikan perkara demikian dilakukan, sebaliknya berkata ianya mengikut proses undang-undang.

Beliau mendakwa pemberian kewarganegaraan di Malaysia mempunyai tempoh yang tertentu, selain syarat-syarat lain.

“Saya bersetuju kita boleh beri kewarganegaraan kepada mereka yang tinggal di negara ini dalam tempoh tertentu dan layak menjadi warganegara,” kata beliau apabila ditanya wartawan semasa melancarkan buku di Universiti Malaya.

Namun Dr Mahathir berkata sekiranya ini benar, beliau tidak mengawal sepenuhnya apa yang dilaksanakan semasa beliau menjadi perdana menteri.

“Apa yang terjadi di sana, saya tidak boleh dipersalahkan,” katanya lagi. “Arahan diberi kepada mereka untuk memberi kewarganegaraan kepada mereka yang layak.”

Loke berkata mustahil bagi Dr Mahathir selaku perdana menteri tidak menyedari operasi ini.

Pengakuan di dalam inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) menunjukkan bahawa pemimpin peringkat atasan terlibat dengan “Projek IC”, termasuk orang kanan Dr Mahathir, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Namun begitu, sungguhpun pendedahan projek tersebut dibuat, Dr Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, terus menafikan tuduhan tersebut. Beliau kemudian menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahum yang menjadi timbalan beliau ketika itu
Anwar juga menafikan pembabitan beliau dalam “Projek IC”.

“Apa kredibiliti beliau selaku perdana menteri mengatakan beliau tidak mengetahui projek tersebut?

“Saya bolehlah menggelarkan beliau sebagai perdana menteri yang tidur, seperti penggantinya Abdullah?” kata naib presiden PAS Salahuddin Ayub, merujuk kepada pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Beliau seharusnya bertanggungjawab,” kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.

Menurut satu pendedahan , sebanyak 100,000 kad pengenalan biru dikeluarkan kepada pendatang di Sabah pada tahun 1993. Selain itu, mereka juga menerima resit dari JPN yang berupa dokumen sementara membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya negeri 1994.

Minggu lalu, pegawai Cawangan Khas (SB) DSP Badaruddin Ismail memberi keterangan bahawa bekas pengarah JPN menjual 16,000 resit bernilai lebih RM1 juta untuk membenarkan pendatang di Sabah mengundi.

Namun bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri tersebut dari 1976 hingga 1985 antara mereka yang terawal menghadapi inkuiri, menolak kewujudan “Projek IC”.

Sabah mempunyai hampir sejuta pemilih yang berdaftar — 926,638 secara tepatnya, dalam laporan pada Jun oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star.

Naib presiden PKR, Chua Tian Chang berkata sama ada Dr Mahathir terlibat atau tidak akan ditentukan oleh pengundi Sabah pada pilihan raya akan datang.

“Saya ingat sejarah akan mencatatkan apa penemuan yang RCI cari, Mahathir salah atau tidak, akan dicatat dalam sejarah.

“Apa yang berlaku di Sabah adalah satu realiti, sama ada beliau nak bertanggungjawab atau tidak, kita semua akan menjawabnya dalam pilihan raya kelak,” katanya lagi.

Pemerhati berpendapat RCI mungkin mengubah keadaan di Sabah dengan berpihak kepada pembangkang dalam usaha BN memastikan kubu kuat gabungan pemerintah tersebut bertahan dari pengaruh PR.

Kedua-dua Sabah dan Sarawak adalah kunci BN dapat mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya 2008 dengan keputusan pilihan raya hanya menang dengan majoriti mudah.

69 ulasan:

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini ada mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya, "beliau (Anwar) seorang yang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah".

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Mungkinkah jawapan bagi persoalan yang dibangkitkan oleh DS Salleh ini terjawab melalui pendedahan blogger mymassa? Menurut blogger ini, Anwar mula merosakkan politik aman negeri Sabah pada tahun 1986 melalui beberapa proksi pemimpin pemuda USNO bagi melancarkan satu gerakan menjatuhkan Tun Datu Mustapha. Kesan daripada "sentuhan tangan" Anwar Ibrahim, maka terbubarlah USNO dan digantikan dengan UMNO.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Menurut mymassa juga, Semua Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang pro Tun Datu Mustapha, Tun Ghafar Baba, Pak Lah telah dimatikan dengan cara memberikan seberapa banyak wang kepada proksinya bagi tujuan menumbangkan sesiapa sahaja yang tidak menyokong Anwar.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Pada tahun 1995, apabila ramai orang-orang Anwar yang sedang memegang jawatan Ketua Bahagian hendak dilawan, Anwar menggunakan apa saja cara untuk mengalahkan mereka. Anwar bukan sahaja memberi wang tunai, tetapi Lot-Lot Saham yang boleh ditukar di bank-bank Bumiputera. Ramai Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian yang pro-Anwar kaya mendadak!

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Satu contoh, Anwar telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pihak keselamatan supaya menangkap individu-individu yang kononnya terlibat dalam projek IC. Inilah manusia yang paling Hikpokrit! Dia menyuruh orang itu mengatur IC Projek, kemudian dia mengarahkan pihak polis menangkap orang itu semula. Tujuannya supaya orang itu tidak menang Ketua Bahagian, kerana jika dia menang dia akan mencalonkan Tun Ghafar Baba bukannya Anwar Ibrahim.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Menurut mymassa juga, Anwar turut menggunakan kuasanya untuk menumbangkan PBS dengan pendekatan "apa cara sekalipun".

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Selain itu, Anwar juga bertanggungjawab membawa masuk warga asing ke negeri Sabah melalui pemilikan ladang kelapa sawit yang luas di Sandakan. Menurut mymassa, ladang milik Anwar ini hanya mengambil PATI sebagai pekerja, bukannya warga tempatan Sabahan.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Tidak cukup itu, mymassa turut mendedahkan pekung asal-usul Yong Teck Lee yang mana bapa Yong bukanlah orang Sabah, sebaliknya warga asing dari China yang datang ke Sabah dan kemudian membuka bengkel di Lahad Datu. Menurut mymassa, Anwar Ibrahim telah melantik Yong Teck Lee menjadi ketua menteri Sabah bagi mempermudahkan hasrat beliau (Anwar) mengumpul kekayaan di Sabah.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Pada PRU ke-8 pada tahun 1990, kira-kira 5 hari sebelum Hari pembuangan undi. Parti PBS yang bermesyuarat di rumah Ketua Menteri di Seri Gaya, Kota Kinabalu telah mengambil keputusan keluar dari BN. Akhirnya, UMNO terpaksa masuk ke Sabah untuk membantu USNO yang menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan umat Islam dan Bumiputera Islam di Sabah ketika itu. Dalam kes ini, orang yang paling berjasa ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim!

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Kemudiannya, pada tahun 1994 berlangsung pula PRU peringkat negeri Sabah. BN Sabah yang diketuai oleh UMNO Sabah hanya kekurangan 2 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri. Nafsu dan Kerakusan Anwar tiada siapa yang mampu mengatasinya! Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kerana pada tahun 1995 akan berlangsung Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Lalu, Anwar Ibrahim membeli Lajim Ukin dengan diikuti oleh YB-YB PBS yang lain. Akhirnya hanya tinggal 5 orang YB PBS sahaja dalam parti PBS, yang lainnya semua dibeli oleh Anwar Ibrahim.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Idea membeli YB ini dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba menentang cara ini, namun Anwar Ibrahim pandai "kelentong", akhirnya dibeli juga. Tumbanglah kerajaan PBS! Cara ini hendak diulangi Anwar Ibrahim pada tahun 16 September 2008. Malangnya, Anwar tak cukup duit kerana Anwar Ibrahim hanya meletakkan di mulutnya sahaja akan membayar YB si polan YB si polan sekiranya sanggup berhijrah. Namun, semua YB tahu Anwar kaki kelentong.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Dalam hal ini, Mantan TYT Sarawak memberitahu kami, Anwar Ibrahim turut memujuk anaknya supaya melompat parti ke PR. Juga gagal. Keghairahan yang meluap-luap Anwar mahu menjadi TPM dan seterusnya PM dibayangkan dengan jumlah Undi Perwakilan UMNO Sabah daripada 20 bahagian.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Anwar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan, dengan menghambur wang ke bahagian-bahagian dengan syarat Mencalonkannya sebagai Calon Timbalan Presiden UMNO. Walaupun di depan Kamera TV dan di hadapan Tun Ghafar Baba, Anwar mengatakan tidak akan bertanding. Benar kata Pak Lah semalam, "saya kenal betul Anwar Ibrahim, Kaki Pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain!".

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Anwar dengan kuasa dan kepercayaan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu Perdana Menteri, telah memberikan wang yang bukan sedikit untuk Proses memberikan IC-IC biru kepada pekerja asing dan pendatang asing.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Anwar Ibrahim memberikan Arahan dan Wang supaya mereka mendaftarkan lebih banyak IC-IC baru supaya mereka boleh menjadi pengundi PRU Negeri Sabah pada tahun 1994, dan supaya mereka ini diserapkan memasuki UMNO untuk memenangkan proksi-proksinya di bahagian dalam Pemilihan UMNO tahun 1995.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Jika kamu sangsi modus oprendi ini, kamu boleh tanya YB DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan banyak lagi lah. Sebab itulah YB DSP Salleh berkata supaya Anwar jangan membohong tetapi bercakap benarlah! Malangnya, Anwar tidak berani menjawab suara YB DSP Salleh Said Keruak!

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Dalam satu majlis proksinya di Sabah, dengan egonya Anwar berkata"...apa kamu takut, Saya Menteri Kewangan Malaysia..." . Maksud Anwar, buat apa sahaja, jika kamu perlu Wang, Anwar Ibarhim boleh mencetak berjuta-juta not RM500 dan RM1000 atau Lot-Lot Saham dan tukarkannya di Bank Bumiputera (CIMB sekarang) menjadi wang ringgit. Anwar jugalah sebenarnya yang Membankrapkan Bank Bumiputera, bukan Tengku Razaliegh. Tengku pakar Ekonomi walhal Anwar lulusan Sastera Sains Sosial!

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Benar kata Pak Lah, sesudah Anwar memberikan Arahan dan Wang supaya proses sahaja, matlamatnya dia segera ke kerusi TPM dan kemudiannya PM. Arahan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu ialah selesaikan masalah rakyat Sabah tanpa negara, rakyat Sabah tanpa dokumen, malangnya Anwar dan proksi-proksinya tidak melaksanakan Arahan dengan betul. Anwar membuat projek pula, proksi-proksinya turut membuat projek, akhirnya arahan Tun Dr. Mahathir tidak diikuti.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

Mumbai berkata...

PEMIMPIN DAN MEDIA PRO PEMBANGKANG DIKRITIK KERANA PURA-PURA TIDAK TAHU ANWAR TERLIBAT DENGAN PROJEK IC

Apakah Tun Dr. Mahathir berdiam diri? Tidak sama sekali, untuk menyelesaikan hal ini, Kerajaan telah menangkap 98 Orang termasuk 16 Kakitangan JPN yang terlibat menjual Resit IC, menjual IC, Menipu Maklumat Diri dan sebagainya. Ini menunjukkan kerajaan sangat tegas! Tiada kompromi.

http://borneobullet.blogspot.com/2013/02/rci-sabah-anwar-kata-jangan-takut-saya.html
http://borneobullet.blogspot.com/2013/01/rci-inikah-perkara-sebenar-yang.html

John Winchester berkata...

Mahkamah Rayuan hari ini menerima permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan terhadap bekas perdana menteri itu.

John Winchester berkata...

Keputusan tersebut dibuat atas alasan teknikal selepas mendengar penghujahan daripada peguam kedua-dua belah pihak mengenai permohonan Dr Mahathir terhadap memorandum rayuan yang difailkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.

John Winchester berkata...

Memorandum rayuan Anwar itu telah difailkan dalam bahasa Inggeris dan bukannya bahasa kebangsaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan ini telah membawa kepada pertikaian di antara pihak peguam masing-masing.

John Winchester berkata...

Keputusan tersebut diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk Azhar Maah dan Datuk Syed Ahmad Hemly Syed Ahmad.

John Winchester berkata...

Mahkamah Rayuan turut menolak permohonan Anwar untuk melanjutkan tempoh bagi memfailkan memorandum rayuan tersebut dalam Bahasa Malaysia.

John Winchester berkata...

Pada tahun Januari 2007, Anwar telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan yang telah dibuat oleh Mahakamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini telah menolak permohonan saman fitnah yang dikemukakan terhadap Dr Mahathir.

John Winchester berkata...

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

John Winchester berkata...

Pada 27 Jan 2006, Anwar memfailkan saman terhadap pada Dr Mahathir atas dakwaan memfitnahnya dengan memberi gambaran beliau seorang lelaki yang tidak bermoral dan merbahaya kepada masyarakat Malaysia.

John Winchester berkata...

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendakwa Dr. Mahathir memfitnahnya dalam satu sidang akhbar di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September tahun 2005.

John Winchester berkata...

Bagaimanapun pada Januari 2007, Dr Mahathir telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu dengan alasan ia bersifat skandal, menyusahkan dan tidak bersungguh.

John Winchester berkata...

Peguam Datuk V.K Linggam mewakili Dr Mahathir manakala Karpal Singh mewakili Anwar.

John Winchester berkata...

Menurut Karpal beliau akan terlebih dahulu berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk mengemukakan satu lagi rayuan iaitu kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sebulan ini.

Teruterubozu berkata...

Dr Mahathir masih mampu menyeret seluruh jentera kerajaan untuk bersamanya melawan Anwar – walaupun beliau melepaskan jawatan pada tahun 2003 lalu.

Teruterubozu berkata...

Anwar yang dulu anak didik kesayangan Dr Mahathir tidak kurang hebatnya, daripada seorang pemimpin nombor dua Umno, beliau mampu menyatukan parti politik pembangkang seperti PAS dan DAP serta menubuhkan PKR untuk bersamanya melawan Dr Mahathir.

Teruterubozu berkata...

Mungkin oleh kerana Anwar banyak menerima ilmu politik dari Dr Mahathir, menyebabkan beliau masih lagi mampu bersilat sehingga hari ini dengan bekas bosnya itu.

CarloS berkata...

Bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata arahannya agar memberikan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada sebilangan rakyat di Sabah pada 1980 hanyalah untuk mereka layak dan sudah sekian lama menetap di Malaysia.

CarloS berkata...

Mahathir sebelum ini mendakwa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam pemberian kewarganegaraan itu.

CarloS berkata...

Namun Anwar menafikan dakwaan itu dan menuding jari kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah AHmad Badawi dan penggantinya, Datuk Seri Najib Razak, yang padanya meneruskan pemberian kewarganegaraan itu semasa pemerintahannya.

CarloS berkata...

Bagaimanapun, kedua-dua Mahathir dan Anwar menyatakan mereka akan memberikan kerjasama jika dipanggil Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai projek pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing selain daripada negeri Sabah.

CarloS berkata...

Pada minggu pertama pendengaran RCI, dua bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi keterangan tentang kewujudan “Projek IC” dan tujuannya untuk meningkatkan populasi orang Islam di Sabah.

CarloS berkata...

Telah didedahkan lebih kurang 100,000 kad pengenalan biru dikeluarkan kepada pendatang haram di Sabah pada tahun 1993 dan mereka-mereka ini dibenarkan mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

CarloS berkata...

Polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail memberi keterangan bahawa seorang bekas pegawai JPN telah menjual 16,000 resit JPN dan mendapat RM1 juta, mengesahkan pendatang haram untuk mengundi. Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 hingga 1985, menafikan kewujudan “Projek IC” tersebut.

Teruterubozu berkata...

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said dilaporkan berkata bahawa Umno negeri itu tidak terlibat langsung dalam pengeluaran IC kepada rakyat asing yang didakwa sesetengah pihak sebagai usaha mengubah demografi Sabah yang menguntungkan parti itu.

Teruterubozu berkata...

Salleh (kiri) berkata sokongan padu sebaliknya harus diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mencari punca sebenar masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah.

Teruterubozu berkata...

Salleh turut menegaskan bahawa, Umno Sabah tidak terlibat langsung dalam soal pengeluaran kad pengenalan ini kerana tidak mahu menjadi penghianat kepada negara.

Teruterubozu berkata...

"Itulah sebabnya kita tidak ragu-ragu untuk menyokong penubuhan RCI ini kerana kita telus dalam hal sedemikian.

Teruterubozu berkata...

"Kalau ada individu-individu yang terlibat dalam soal seperti ini, kita anggap mereka sebagai pengkhianat kepada negara dan hukuman yang sewajarnya haruslah diambil.

Teruterubozu berkata...

"Kita yakin dengan penubuhan RCI. Ia mampu untuk mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan mengenai dengan punca PTI ini, dan sudah tentulah RCI mengambil masa untuk mengkaji semua laporan dan kenyataan yang dikemukakan untuk disyorkan kepada kerajaan," katanya

Teruterubozu berkata...

Salleh berkata, hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak untuk mendapat kad pengenalan biru dan hak untuk mengundi.
Prinsip ini, tegasnya, dipegang oleh semua pihak di Sabah tanpa mengira parti politik.

unknown berkata...

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman urged the people of Sabah to continue to defend their solidarity, unity and team spirit to ensure continuous harmony in the state.

unknown berkata...

these spirit that the people of Sabah and Malaysia in general who were from various races and beliefs were able to celebrate various festivities together.

unknown berkata...

Now they say Anwar is not involved. Duh

unknown berkata...

Citing the open house as an example, he said people of all races and beliefs were present, despite the occasion being a celebration for the Chinese community.

unknown berkata...

Jadi jangan lagi berpura2.

unknown berkata...

Stop pretending then.

unknown berkata...

I think the whole thing should be said like this.

unknown berkata...

The matter fact is, almost everyone is lying.

unknown berkata...

Dia patut dikritik.

Tanpa Nama berkata...

Opposition leader Anwar Ibrahim was directly involved in the project to issue citizenship and identity cards to unqualiified immigrants Sabah in the 90s, though without orders from him, claims former prime minister Dr Mahathir Mohamad.

“He normally takes the initiative and sometimes do more (than is required),” said Mahathir at a press conference in Kuala Lumpur today.

Tanpa Nama berkata...

“What happens on the ground is often different from the directive (from above).”

Mahathir said that Anwar and the implementing officers on site in Sabah at the time took matters into their own hands and were not necessarily following instructions from the chain of command.

Tanpa Nama berkata...

The veteran politician noted that the government had taken action against those officers involved.

He was asked to comment whether he ever ordered Anwar, then his deputy, to issue ICs to unqualified immigrants in Sabah.

mantera berkata...

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa pentadbirannya.

mantera berkata...

Namun katanya, pemberian kerakyatan itu dilakukan mengikut undang-undang.

mantera berkata...

Menurutnya, apabila menjadi perdana menteri, beliau berkuasa dalam menentukan pelaksanaan dasar- dasar kerajaan.

mantera berkata...

Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.

mantera berkata...

Mereka( rakyat asing) berhak menjadi rakyat dan yang menjadi masalah ialah ada orang tidak senang jika ada orang lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka (rakyat asing) memang tinggal di Malaysia. Itu yang menimbulkan masalah

jackie berkata...

Jika rakyat asing mengikut undang-undang untuk masuk ke Sabah, pasti di terima.

jackie berkata...

Kita tunggu selesai RCI, baru tahu keputusannya, buat masa ini, tidak perlu dengar spekulasi mana-mana pihak.

drako drakonius berkata...

The Barisan Nasional (BN) government, under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, has risen above "fixed deposit politics" to act sincerely in the interest of all Sabahans against the perennial problem of illegal immigrants by setting up of the Royal Commission of Inquiry (RCI).