Nampaknya kempen Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) sudah dimulakan secara tidak rasmi pada Tahun Baru Cina ini. Namun demikian, isu yang membimbangkan ialah senarai daftar pemilih yang masih diragui. Ini adalah kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sehingga kini masih belum mengumumkan langkah pembersihan senarai daftar tersebut.
Bagaimana pula dan apakah yang akan terjadi jika warga asing yang memperolehi MyKad dengan cara yang diragui pergi mengundi pada hari penentuan halatuju negara?
Justeru itu, langkah yang perlu diambil oleh setiap warganegara Malaysia ialah untuk menghalang pengundi hantu/warga asing dari masuk ke pusat mengundi.
Ini bererti rakyat Malaysia yang mendukung nilai-nilai patriotik dan cintakan keadilan harus bertindak untuk memastikan bahawa hanya rakyat Malaysia yang tulen sahaja yang boleh mengundi. Oleh itu, setiap selekoh yang menuju ke pusat mengundi harus mempunyai rakyat sebagai pasukan pemantau untuk memantau situasi tersebut pada hari yang bersejarah ini nanti.
Rakyat Malaysia digesa turun padang untuk mengundi awal dan selepas itu memantau setiap selekoh untuk mengambil gambar menggunakan kamera-fon jika ada bas yang datang membawa warga asing untuk mengundi.
Suruhanjaya DiRaja yang sedang berjalan di Sabah telah mendedahkan betapa ramainya warga asing yang telah diberi taraf kerakyatan segera dan jika perkara yang sama berlaku di Semenanjung, maka warga asing yang mendapat kerakyatan segera ini boleh mengundi dan menentukan masa depan negara.
Pilihanraya tidak harus dicemari oleh pengundi yang tidak berhak mengundi. Sama-samalah kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan cintakan negara bekerja keras untuk membantu SPR melaksanakan satu pilihanraya yang adil, bersih dan telus demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan