KL TODAY
KUALA LUMPUR:
Awas! Jika anda ternampak sekeping kertas melekat di cermin belakang
kereta anda, berjaga-jagalah kerana mungkin anda mangsa samun
seterusnya. Ini kerana, inilah teknik terbaru yang digunakan oleh
manusia durjana ini untuk melarikan kereta anda.
Modus operandi kes sebegini mudah sahaja dan biasanya ia berlaku di tempat parking awam.
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya.
Kita mula hidupkan engin kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita
melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati
ada kertas yang melekat di tengah-tengah cermin belakang menghalang
pandangan kita.
Jadi kita
parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas
(atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda
sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan
keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.
Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan
tak kaum hawa? Pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang
pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan
kunci-kunci kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!
Berhati-hatilah…Inilah cara baru yang digunakan untuk mencuri kereta.
Oleh itu, jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu.
Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca tulisan ini.
Itulah pesan kepada pemilik kereta khasnya kaum wanita berikutan ramainya yang menjadi mangsa kerana hal sebegini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan