Minggu
lalu saya menulis mengenai Zahid Hamidi yang dianggap oleh banyak
pihak mempunyai peluang paling terbuka untuk meningkat naik dalam
hireaki UMNO selepas pilihanraya umum akan datang ini.
Beliau yang kini
menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan, mungkin akan
bergandingan dengan Muhyiddin untuk bertanding jawatan nombor dua dalam
UMNO sekiranya BN hanya mampu mencapai keputusan kurang daripada 140
kerusi Parlimen dalam PRU 13 ini.
Muhyiddin yang mungkin mencabar atau
dipaksa mengambil alih teraju UMNO daripada Najib, dirasakan amat
sesuai bergandingan dengan Zahid untuk memulihkan semula kekuatan
parti.
Sekiranya
BN mencapai kemenangan selesa pula, tidak mustahil juga Zahid akan
diasak untuk mencabar kedudukan Muhyiddin di kerusi nombor dua
berikutan Zahid dilihat mempunyai rangkaiann pengaruh yang luas dalam
UMNO selain PRnya yang boleh menambat hati sesiapa saja yang berpeluang
bertemu dengannya. Harus diakui dari segi hubungan dengan ahli dan
perwakilan UMNO, Zahid bila-bila masa boleh menewaskan Muhyiddin.
Ataupun
jika keputusan terlalu buruk dialami oleh UMNO yang mungkin memaksa
Najib dan Muhyiddin mengundurkan diri sekaligus, Zahid juga dilihat
paing berpotensi untuk menerajui UMNO berbanding pesaingnya sekarang
iaitu Hishammuddin Tun Hussein dan Shafie Afdal.
Ekoran
tulisan itu, saya menerima pelbagai pandangan daripada rakan-rakan
dalam UMNO sendiri mengenai perkara itu. Ada yang bersetuju dan ada
pula yang kurang bersetuju.
Dalam
konteks kedudukan Zahid, ramai pemimpin UMNO yang bersetuju bahawa
Zahid mempunyai potensi yang lebih baik jika beliau mahu bertanding
merebut jawatan nombor dua dalam UMNO.
Sama ada beliau akan berhadapan
dengan Muhyiddin atau bersaing dengan Hishammuddin bagi merebut jawatan
itu, laluan Zahid tetap lebih baik.
Dengan imej bersih, perwatakan menarik, PR serta komunikasi dengan ahli UMNO yang cemerlang selain mempunyai rangkaian Grup Sahabat yang luas, Zahid dilihat boleh memenangi apa saja jawatan yang mahu ditandinginya.
Dengan imej bersih, perwatakan menarik, PR serta komunikasi dengan ahli UMNO yang cemerlang selain mempunyai rangkaian Grup Sahabat yang luas, Zahid dilihat boleh memenangi apa saja jawatan yang mahu ditandinginya.
Lihat saja bagaimana beliau memenangi kedudukan undi tertinggi dalam
perebutan Naib Presiden UMNO pada 2009 lalu serta bagaimana kemenangan
bergaya dicapainya sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1996 dahulu meskipun
pesaingnya ketika ada yang berjawatan menteri dan menteri besar.
Namun
beberapa pemimpin peringkat pertengahan dan akar umbi UMNO melihat
Zahid juga mempunyai kekurangan yang ketara iaitu keupayaannnya yang
kurang menyerlah sebagai menteri berbanding kemilau yang dimilikinya
sebagai pemimpin UMNO.
Lebih-lebih
lagi sebagai Menteri Pertahanan, peranan Zahid dianggap oleh banyak
pihak langsung tidak menyerlah. Beliau gagal membawa idea-idea baru
yang besar serta menampilkan dirinya sebagai seorang Menteri Pertahanan
yang dinamik dan berwibawa.
Kalau ada
pun idea baru yang dilakukan Zahid hanyalah mengembangkan Askar
Wataniah ke peringkat semua kawasan Parlimen tetapi itu tidak cukup
untuk menonjolkan dirinya sebagai Menteri Pertahanan yang berwibawa.
Lebih dari itu, idea barunya hanpir tidak ada.
Dalam
konteks LIMA yang diadakan dua tahun sekali di Langkawi pula, beberapa
pihak juga melihat bahawa Zahid gagal memanfaatkan sepenuhnya program
dwi tahunan yang diilhamkan oleh Tun Mahathir itu untuk melonjakkan
lagi namanya di mata rakyat.
Pameran
LIMA di bawah Zahid hanya dilihat sebagai pameran pertahanan laut dan
udara yang biasa-biasa saja. Tiada idea baru atau perkara yang agak
menonjol dapat diketengahkannya.
Seorang pemimpin UMNO bahagian berkata, kejayaan Zahid dalam LIMA hanyalah kejayaannya membawa ramai pemimpin dan mereka yang pernah yang menjadi perwakilan UMNO ke pameran di Langkawi dengan menggunakan kemudahan pesawat udara TUDM.
Seorang pemimpin UMNO bahagian berkata, kejayaan Zahid dalam LIMA hanyalah kejayaannya membawa ramai pemimpin dan mereka yang pernah yang menjadi perwakilan UMNO ke pameran di Langkawi dengan menggunakan kemudahan pesawat udara TUDM.
Berbanding
Hishammuddin yang semakin dipertikaikan oleh banyak pihak sama ada
dalam UMNO atau rakyat biasa, terutamanya sejak menjadi Menteri Dalam
Negeri sehingga dianggap Menteri Dalam Negeri paling lemah dalam
sejarah Malaysia, ramai pula yang berpandangan bahawa Shafie Afdal lebih
menyerlah serta fokus dalam tugasnya sebagai Menteri Pembangunan Luar
Bandar berbanding Zahid.
Cumanya
masalah Shafie Afdal ialah beliau berasal dari Sabah yang mungkin
menghadkan peluangnya untuk mendaki tangga dalam hireaki UMNO
berbanding pemimpin yang berasal daripada Semenanjung.
Kesimpulannya,
di sebalik bercahayanya bintang Zahid dalam UMNO dan disukai oleh
ramai ahli, pemimpin serta perwakilan UMNO itu sendiri, keupayaannya
yang terhad sebagai Menteri Pertahanan dan pemimpin yang bermanfaat
kepada seluruh rakyat, mungkin juga menipiskan peluangnya untuk mendaki
tangga yang lebih tinggi.
Ini kerana
berbanding kejayaan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Naib
Presiden dengan undi tertinggi sebelum ini, penilaian perwakilan UMNO
mungkin berbeza dalam konteks jawatan yang lebih tinggi yang ingin
ditandinginya.
Jika
seseorang itu ingin merebut jawatan yang lebih tinggi seperti jawatan
nombor dua misalnya, keupayaan sebagai pentadbir dan pemimpin kerajaan
akan menjadi penilaian utama kerana selepas menang sudah tentu perlu
memegang jawatan yang lebih tinggi atau penting dalam kerajaan.
Faktor inilah yang mungkin menghalang kemaraan Zahid nanti, kata pemimpin UMNO bahagian itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan