SUBANG JAYA: Mahkamah
Buruh telah mengenepikan tuntutan oleh seorang wartawan terhadap
keengganan bekas majikan beliau untuk memberinya faedah perbelanjaan
perubatan dan cuti ehsan di bawah Perjanjian Bersama Kesatuan Kebangsaan
Wartawan (NUJ) dengan Star Publications (M) Berhad.
Keputusan itu dibuat
oleh pengerusi Mahkamah Buruh Subang Jaya Nur Hazwani Othman selepas
mendengar hujah-hujah dari bekas wartawan akhbar The Star Shahrim Tamrin
dan bekas majikannya pada Julai 12.
Dalam menyampaikan keputusan itu mengikut Perintah di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955, pengerusi Mahkamah Buruh memutuskan bahawa pengadu tidak mempunyai sebab untuk menerima faedah dan membuat tuntutan kerana beliau masih lagi dalam tempoh percubaan ketika berkhidmat di Jabatan Berita akhbar The Star.
“Selepas
mengambil kira bahawa pengadu belum disahkan dalam jawatan dan amalan
syarikat yang tidak memperuntukkan kemudahan dan faedah kepada
kakitangan dalam percubaan, mahkamah telah memutuskan untuk menolak
tuntutan oleh pengadu,” kata Nur Hazwani.
Semasa
perbicaraan mahkamah pada 12 Julai, pengadu telah berhujah bahawa
kakitangan dalam percubaan sepatutnya menikmati hak-hak yang sama
seperti pekerja yang disahkan dalam jawatan sebagaimana keputusan yang
dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 1997.
Di dalam kes Khalilah Abbas melawan Pesaka Capital Corporation Sdn Bhd, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa seorang pekerja dalam percubaan berhak menikmati hak-hak yang sama seperti pekerja tetap atau yang telah disahkan.
Di dalam kes Khalilah Abbas melawan Pesaka Capital Corporation Sdn Bhd, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa seorang pekerja dalam percubaan berhak menikmati hak-hak yang sama seperti pekerja tetap atau yang telah disahkan.
The Star
telah memberhentikan pengadu pada Oktober 19 tahun lepas ketika pengadu
sedang cuti sakit yang panjang selepas dimasukkan ke Hospital Kuala
Lumpur (HKL) dari Okt 4 hingga Okt 7, 2011.
Shahrim
Tamrin menegaskan bahawa akhbar The Star telah enggan untuk mematuhi
Perjanjian Bersama yang ditandatangani dengan NUJ yang secara khusus
menyatakan bahawa wartawan berhak untuk mendapatkan kemudahan perubatan
di hospital dan cuti ehsan mengikut garis panduan yang disediakan.
“The Star
telah enggan untuk memberikan saya sekurang-kurangnya sembilan hari cuti
ehsan di bawah Fasal 25 Perjanjian Bersama dengan NUJ apabila saya
tidak dapat hadir berkerja kerana anak saya sakit dan dimasukkan ke
hospital. Sebaliknya, syarikat telah memotong gaji saya sebagai cuti
tanpa gaji. Ia adalah membingungkan sejak Perjanjian Bersama tidak
pernah menyatakan bahawa kakitangan dalam tempoh percubaan tidak layak
mendapat faedah, ” hujah bapa kepada dua orang anak yang kecil itu.
Shahrim
menyatakan bahawa akhbar The Star juga telah enggan untuk menerima
tuntutan perubatan sebanyak RM107 apabila pengadu turut dimasukkan ke
wad HKL kerana demam virus atau disyaki denggi.
“Syarikat
telah menolak permintaan saya untuk tuntutan perubatan walaupun saya
telah dimasukkan ke hospital kerajaan dan HKL adalah juga merupakan
sebahagian hospital panel syarikat,” tambah beliau.
Akhbar The
Star yang diwakili oleh eksekutif Sumber Manusia Mahendraraj Mariappan
menyatakan walaupun Perjanjian Bersama menggariskan faedah-faedah yang
dituntut pengadu, Shahrim tidak layak untuk menerima manfaat kerana
statusnya sebagai kakitangan dalam percubaan.
“Ia telah
menjadi amalan syarikat untuk sekian lama untuk tidak memberikan
faedah-faedah di bawah Perjanjian Bersama untuk kakitangan yang belum
disahkan,” kata Mahendraraj.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan