Liew Chin Tong
Profil demografik muda, kadar urbanisasi yang tinggi, dengan akses kepada internet yang semakin banyak, tempoh pemerintahan yang begitu lama adalah antara faktor yang tidak membantu kerajaan yang memerintah pada pilihanraya yang akan datang. Ada pelbagai sebab kenapa masyarakat antarabangsa akur akan kenyataan ini dan bersedia untuk perubahan rejim buat pertama kalinya semenjak ia mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957.
Sejurus selepas kerajaan menghadapi keputusan yang teruk dalam pilihanraya yang diadakan pada 8 Mac 2008, Negara memulakan mod kempen yang tidak berkesudahan. Pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi kerana konstitusi Malaysia mewajibkan Parlimen dibubarkan sebelum 28 April 2013 sebelum tamatnya mandate 5 tahunnya.
Mungkin ada kebenarannya bahawa kerajaan memenangi 140 kerusi daripada 222 di dewan undangan negeri dan pembangkang Berjaya mendapatkan 82 kerusi. Namun, jika diperhatikan, jurang diantara dua perikatan ini adalah jauh lebih kecil. Barisan Nasional yang memerintah sebenarnya memenangi 51.4% undi sahaja sementara pembangakang memenangi 48.6% undi. Daripada 7.9 juta undi yang diberikan, BN dan tiga parti pembangkang dibezakan dengan hanya 313,509 undi.
Berakhirnya bulan Jun 2012, sudah ada 12.9 juta pengundi berdaftar. Seramai 2.5 juta daripadanya, lebih kurang 20% merupakan pengundi baru dan merekalah yang akan menentukan keputusan pilihanraya.
PRU ke-13, platform kempen dan media
13 parti gabungan yang memerintah- BN- akan memberi tumpuan kepada kejayaan mereka yang lepas dalam kempen kali ini dan memainkan sentimen ‘status quo’ manakala parti pembangkang, Pakatan Rakyat akan berikrar untuk memperbaiki sistem tadbir Negara dengan membuat perubahan radikal pada polisi-polisi.
Mesej ‘status quo’ nampaknya tidak akan memberi kesan terhadap demografi yang membangkitkan revolusi di tanah Arab: 48% daripada populasi penduduk Malaysia adalah mereka yang berada dibawah 25 tahun dan 70% dibawah 40 tahun (namun bukan semua adalah pengundi berdaftar). BN terutamanya ketuanya UMNO sentiasa mengharapkan undi daripada penduduk luar Bandar. Ia mempunyai alasan yang kukuh untuk cemas kerana lebih 70% rakyat Malaysia sekarang tinggal di Bandar-bandar, berbanding 11% pada tahun 1957 dan 35% pada tahun 1980.
Mereka yang muda dan urban juga merupakan pengguna tegar internet. Dengan 17.5 juta pengguna internet, purata penggunaan internet adalah 61.7% daripada populasi 81% di kawasan yang berpopulasi tinggi. Selain itu, Malaysia merupakan antara Negara yang paling aktif menggunakan Facebook dengan 12 juta pengguna, yang menjadikan Malaysia di tangga ke 19 di dunia.
Akses mudah kepada maklumat alternatif telah menggagalkan keberkesanan kawalan terhadap media aliran utama yang dilakukan oleh kerajaan, sama ada melalui pemberian lesen prosedur, tapisan dan pemilikan partisan.
Perasaan tidak dipedulikan memuncak
BN merupakan parti yang memerintah Malaysia sejak kemunculannya yang pertama kali melalui parti Perikatan memenangi tampuk kerajaan selepas pilihanraya dibawah naungan British pada tahun 1955.
Sekarang, ia merupakan parti di undi yang paling lama memerintah di dunia. Parti lain yang turut memerintah dengan lama adalah yang tidak di undi seperti rejim komunis di Korea Utara, China dan Vietnam.
Petanda negatif yang lain bagi parti paling lama memerintah ini begitu ketara bagi pengundi yang semakin canggih. Pada dasarnya, bukan sahaja kerajaan sekarang telah meminggirkan orang bukan Melayu melalui politik berdasarkan kaum, rasuah yang berleluasa dan ketidaksamarataan antara kumpulan etnik yang juga menjadikan pengundi Melayu jelik.
BN telah beberapa ketika menjadikan diri mereka kuasa yang mengawal segalanya dalam masyarakat berbilang bangsa. Walaupun begitu, selepas UMNO berubah haluan setelah piliharaya 2005 dari segi retorik dan perbuatan, ia mula kehilangan sokongan orang Cina dan India. Pada tahun 2008, kebanyakkan orang Melayu yang kecewa akan korupsi dan kronisma telah turut serta akan gerakan tidak menyokong kerajaan.
Perasaan dipulaukan ini belum hilang dan berterusan untuk beberapa tahun. Malah ada kumpulan yang menunjukkan percanggahan dengan kerajaan pusat. Orang Kadazan Dusun Murut di Sabah begitu terasa dan kritis terhadap cara kerajaan menangani skandal kewarganegaraan untuk undi yang telah membolehkan BN bertahan dan mendapat sokongan di negeri itu.
Musuhnya adalah diri sendiri
Pencatur strategi UMNO, dengan menggunakan media kawalan kerajaan, Utusan Malaysia, dan kumpulan haluan kanan yang berkaitan mereka, Perkasa, sedang bekerja keras untuk menghentikan penurunan dalam sokongan kepada UMNO. Mereka melakukan apa sahaja untuk mengambarkan parti sebagai jaguh pelbagai etnik lebih berbanding parti pembangkang Melayu dan pemimpinnya. Setakat ini, ia nampaknya sedang memulaukan pengundi kelas pertengahan.
Pada keseluruhannya masa ini, apa yang seolah-olah dicari rakyat Malaysia adalah kesaksamaan ekonomi yang lebih besar serta sebuah kerajaan yang terbuka dan bersih. Namun begitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih dengan cara penyelesaian jangka pendek iaitu membeli undi dengan pemberian wang tunai kepada kumpulan strategik pada satu-satu masa apabila negara perlukan reformasi peringkat makro.
Setelah lama berkuasa, BN juga telah membuat ramai musuh sendiri. Ramai pemimpin dalam pembangkang dahulunya berasal dari parti pemerintah, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Pengalaman mereka dalam kerajaan menjadi jaminan yang amat diperlukan kepada pengundi bahawa pembangkang sudah bersedia untuk mentadbir dengan cekap, manakala rangkaian peribadi mereka dalam sistem telah menjadi maklumat berharga dalam memahami sistem yang pernah menjadi penghalang kepada pembangkang.
Pakatan pembangkang terdahulu (pada tahun 1990 dan 1999) telah tergesa-gesa dibentuk semasa pilihan raya dan mereka dengan mudah runtuh tidak lama selepas. Satu gabungan alternatif yang telah menempuh ujian selama lebih daripada empat tahun, telah mendapat pengalaman mentadbir empat daripada 13 buah negeri dengan sendirinya adalah satu kejayaan - dan faktor kritikal.
Walaupun semua kekuatan terbina dan kelebihan memihak BN dalam pilihan raya tidak hilang dan mereka yang kekal akan digunakan sepenuhnya dalam pilihan raya yang akan datang, faktor-faktor yang akan menjatuhkan kerajaan juga wujud. Untuk pertama kalinya, ia sangat ketara bahawa kemungkinan kerajaan lama akan kalah.- New Mandala
1 ulasan:
Apa kurangnya, yg paling menjadi musuh dalaman Anwar dengan `chinadoll' sementara Azmin dgn `blowjobnya'.
Catat Ulasan