Selasa, 27 November 2012

Najib dijangka disepina ke Paris

KL TODAY

 

Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin  ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.

“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.

Bagaimanapun, Apoline (gambar tengah) kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.

Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.

Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.

Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis.

Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram.

Daripada tujuh senarai saksi yang diberi Suaram, nama  Najib  dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina, kata peguam Scorpene itu.

Beliau juga menegaskan tiada siapa termasuk Perdana Menteri Malaysia itu memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun, Apoline tidak dapat memastikan tempoh sepina itu diberi kerana proses sedemikian mengambil masa tetapi tidak menolak kemungkinan kedua-dua individu itu bakal disepina.

Tiada ulasan: