Selepas
membuat pelbagai pendedahan tentang hubungannya dengan keluarga
Perdana Menteri, ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan
meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya.
Beliau mendakwa,
lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri
wawancara bersama beberapa media khasnya Harakahdaily berhubung
kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia Altantuya
Shaariibuu.
“Pagi
ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan
daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana
kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala,”
katanya.
Deepak
(gambar) yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram
ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari
ini.
“Saya
ditekan sebaik saja saya selesaikan wawancara saya semalam, khasnya
wawancara saya dengan Harakah (daily), dan saya telah diminta
meletakkan jawatan dari semua 26 syarikat,” kata Deepak.
Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya di samping beberapa pihak lain.
Beliau bagaimanapun berkata, beliau akan terus membuat pendedahan kerana yakin Altantuya tidak mendapat keadilan sewajarnya.
“Kita
semua tahu Altantuya tidak mendapat pembelaan. Kes ini tidak mampu
untuk disenyapkan lagi,” katanya dalam sidang media khas di sebuah hotel
lewat petang semalam.
Ke mahkamah
Ke mahkamah
Dalam pada
itu, Deepak akan ke mahkamah pagi ini dalam kes saman yang difailkan
oleh syarikatnya Astacanggih Sdn Bhd ke atas seorang pemimpin Wanita
Umno.
Kes
tersebut berhubung pembelian 3 petak tanah di Bukit Raja, Selangor yang
tidak diselesaikan prosesnya walaupun bayaran tertentu telah dibuat.
“Saya
sendiri yang akan membawa semua dokumen ke mahkamah kerana saya
percaya mahkamah kita adil kecuali jika ada campur tangan politik,”
kata beliau pada sidang media itu.
Kes akan didengar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, jam sembilan pagi ini.
Tanah
seluas 233 ekar yang dijual kerajaan kepada pemimpin Wanita Umno itu
harga RM72 juta itu, kemudiannya dijual semula olehnya kepada syarikat
milik Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dengan harga RM120 juta.
Pemimpin
Wanita Umno itu kemudiannya menjual tanah itu (atau sebahagian
daripadanya) kepada sebuah syarikat lain pula, Guppyunip Sdn Bhd dengan
harga melebihi RM150 juta.
Justeru, Deepak mencabar pemimpin Wanita Umno itu untuk hadir di mahkamah bagi membuktikan beliau tidak bersalah.
“Jika dia
tidak bersalah dan mahu membersihkan namanya, beliau tidak perlu
menunggu untuk disapina. Datang ke mahkamah esok jika dia berani,” kata
Deepak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan