Bekas
Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa
pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap dalam
satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah
memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua
polis daerah tanpa pengetahuannya.
Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.
“Sudah
tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang
menteri. Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka,” kata Musa.
Beliau
menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan
daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan
polis negara. Musa bersara pada September 2010.
Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.
Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.
Musa juga menafikan desas-desus bahawa beliau akan menyertai PKR tetapi tidak menolak untuk keluar dari kepompong ‘neutral’ sekiranya ada keperluan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan