SHAH ALAM : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mengorak langkah terbaru dengan menerbitkan penyata laporan setiap jawatankuasa khasnya untuk diedarkan kepada masyarakat awam.
Sepaker DNS, Datuk Teng Chang Kim berkata setiap jawatankuasa akan menyiapkan penyata laporan berbentuk buku yang lengkap untuk tujuan pencetakan dan pengedaran.
Sebelum ini, katanya, penyata laporan hanya dibentangkan dalam DNS dan pengedarannya terhad.
“Mulai hari ini DNS membuat satu langkah terbaru dengan penerbitan semua penyata laporan bagi setiap jawatankuasa.
“Kita mngikut amalan berparlimen dipraktikkan di negara komanwel lain di mana ia diterbitkan untuk dieadarkan kepada pihak awam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut adalah :
Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-Padat) dan Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT).
Teng berkata, buat permulaan DNS sudah menerbitkan lima penyata laporan Selcat dan satu penyata masing-masing daripada PCA, JP-PADAT dan JP-PBT.
Beliau menjelaskan semua penyata laporan tersebut dilengkapi dengan maklumat menyeluruh termasuk cakera padat.
“Setiap penyata laporan buat permulaan akan diterbitkan dalam 200 set setiap satu dan akan ditempatkan ke pelbagai agensi yang mudah untuk diperolehi oleh semua pihak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan