Kejahatan itu adalah modal paling utama politik Mahathir Mohamad. Benarlah kata Shahnon Ahmad kebusukan seorang Mahathir sampai ke dalam perut. Shit. Shahnon telah menggambarkan akan kejahatan Mahathir Mohamad yang tidak ada kepada orang lain. Shit... adalah anologi atau gambaran Shahnon. Sasterawan Negara itu melukis kebusukan Mahathir sama dengan tahi
Sesekali gian juga. |
Tidak ada anologi atau gambar seterusk tahi tetapi itulah yang diberikan perumpamaan oleh Shahnon terhadap Mahathir. Ternyata kejahatan dan kebusukan Mahathir tidak pernah berubah. Mahathir istiqamah dengan kejahatan dan kekejian itu. Baginya tidak ada niat atau perasaan untuk membuat baik.
Sampai ke hari ini amalan jahat diteruskan oleh Mahathir. Kedewasaan dan perjalanan usianya semakin lanjut tidak pernah mengubah pendirian dan persepsi dan prinsip politiknya, di mana politik itu harus dicapai dengan berbuat jahat. Kejahatan menjadi sebahagian ideologi kerpercayaan dan kejataan hidupnya. Ia sudah tentu bertentangan dengan nilai mana-mana agama sekali pun.
Terbaru beliau terus menganyang pemikiran rakyat Melayu khasnya, kononnya kalau pembangkang menang akan berlaku huruhara. Katanya tujuan Anwar Ibrahim atau pembangkang panggil pemantau asing untuk memerhati pilihan raya di negtara ialah untuk menimbulkan huruhara.
“Mereka nak bawa Amerika, Australia, semua orang dalam negara ini supaya mereka dapat menguasai negara ini.Tujuan pihak pembangkang memanggil pihak asing kerana sekiranya mereka tewas, mereka akan mendakwa kerajaan menipu dalam keputusan pilihan raya.
MasyaAllah teruknya pemikiran dan politiking Mahathir.
Katanya lagi; “Mereka mahu jatuhkan kerajaan seperti yang berlaku pada negara-negara Arab, tumbangkan kerajaan bukan melalui pilihan raya.
“Dan jika mereka kalah, mereka akan membuat huru-hara untuk menjatuhkan negara yang dipilih secara demokratik,”
Demikianlah kata Mahathir dipetik seperti mana dilapor media. Beliau berkata selepas merasmikan seminar Third World Conference on Riba, di Golden Palace Horses Resorts, The Mines hari ini.
Demikian jahat dan kotornya pemikiran Mahathir. Apa yang beliau cuba gambar dan provokasi itu adalah apa yang tercremin di dalam pemikirannya. Selalunya manusia begitulah, gambaran di luar biasanya ada hubungan dengan gambaran di dalam hati.
Sejarah kebejatan telah pun dilakukan oleh Mahathir. Nyawa adalah pemainan baginya. Lihat itu tragedi Memali siapa punya angkaran. Mahathir tidak selamanya boleh menyembunyikan tangan berdarah dari kejadian itu. Iya selama ini beliau telah menyembunyikan tanganya yang berlumuran darah atas kejadian itu tetapi tidak lagi hari ini,
Mahathir sebagai wazir negara tidak pernah apologi dengan kejadian itu. Siapa yang boleh mengatakan dia tidak bertanggungjawab atau terlibat sedang dia adalah ketua negara ketika itu.
Apabila dia membuat ganyangan dengan melontarkan tuduhan khianat itu kepada pembangkang dan Anwar, jelas dan nyata pemikiran Mahathir sendak dengan kejahatan. Beliau juga menggunakan tektik mengulang-ulangi kata-kata keji sama agar tertanam didalam kepala orang ramai.
Niat atau pun tujuan asal kenapa pemantau perlu memerhati pilihan raya negara ini dipusing sampai 360 darjah dengan menegaskan pilihan raya di negara ini sudah adil dan bersih. Beliau menggunakan hujah sama, sekiranya tidak bersih masakan pembangkang memenang lima buha negeri.
Adakalanya untuk menjatuhkan seseorang lain orang sanggup menggunakan hujah yang bodoh yang sama berkali-kali walaupun tidak pernah akan dilakukan oleh orang seperti itu. Inilah berlaku kepada Mahathir. Dia tahu betul dan salah apa yang dia lakukan. Namun dia lakukan juga demi menang. Apa lagi kita hendak namakan orang seperti ini kalau bukan Mahafiraun? http://msomelayu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan