Blog Nusajayakini.com
PARIT SULONG
- Selari dengan kemajuan media baru yang semakin mempengaruhi kehidupan
rakyat masa kini, PAS turut menyediakan alternatif kempen bagi menyebar
luaskan sebaran maklumat kepada masyarakat.
5 peluru
tersebut adalah Buku Jingga, Buku Hijau ‘Negara Berkebajikan Tawaran
PAS’, Tawaran Jingga, Agenda Wanita Malaysia, Agenda Berkebajikan Wanita
Malaysia.
“3 perkara yang terkandung dalam
Buku Jingga adalah Agenda bersama Pakatan Rakyat, penerangan krisis
dalam negara dan 10 janji jingga untuk tempoh 100 hari setelah Pakatan
Rakyat memerintah Putrajaya. Buku Hijau pula menyentuh berkenaan
kedudukan Agama Islam manakala Tawaran Jingga menyeliputi 4 dasar utama
yang akan diketengahkan”, terang Saudari Aiman Athirah Al Jundi dalam
Program Taklimat Khas Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia di Dewan
Bustanul Ariffin, Parit Sulung semalam.
Beliau
menyeru khususnya kepada ahli-ahli PAS bagi menghadam dan memahami
bahan-bahan di atas bagi meningkatkan lagi kefahaman supaya dapat
menyebarkan maklumat kepada masyarakat. Ini bertujuan agar masyarakat
lebih peka terhadap isu di sekeliling mereka serta mengetahui tawaran
yang akan diberikan PAS sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya
menjelang PRU13 yang bakal datang ini.
“20-30%
singgung kelemahan UMNO Barisan Nasional, 70% selebihnya beri kefahaman
kepada masyarakat berkaitan tawaran PAS. Rakyat di luar sana sudah tidak
mahu lagi mendengar kita mengherdik sesama sendiri. Apa yang
dikehendaki rakyat adalah mendengar apa yang ditawarkan oleh PAS”,
tambahnya lagi yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS
Pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan