Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, menegaskan perkara
tersebut yang berlaku pada tahun 2007 dan pada ketika itu, Abdullah,
atau lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan perdana menteri.
“Pak Lah perlu beri penjelasan... kita percaya semua dalam pengetahuan beliau, kenapa beliau serah kepada (Perdana Menteri Datuk Ser ) Najib (Razak),” kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.
Deepak sebelum ini mendedahkan pada tahun 2007 beliau telah bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah dengan harga RM 13 juta dengan disertai jaminan RM72 juta jaminan bank dari seorang Ketua Wanita Umno.
Ketua Wanita Umno itu jelas Deepak telah dianugerahkan projek penswastaan bernilai RM100 juta untuk membangunkan pusat penyelidikan pertahanan yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
“Seperti ada perjanjian antara Pak Lah dengan Najib,” soal Mahfuz.
Deepak membawa perkara itu ke mahkamah dan dan menamakan Awan Megah Sdn Bhd bersama Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam pendakwaan kerana didakwa menipunya untuk projek tanah bernilai jutaan ringgit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan