Barisan
Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali Kedah
pada pilihan raya akan datang namun parti itu tidak boleh hanya
bersandarkan kepada kelemahan pentadbiran PAS di negeri
tersebut.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz
Mahathir bagaimanapun mengingatkan agar ahli parti itu tidak terlalu
yakin, sebaliknya terus bekerja keras untuk memenangi hati rakyat.
“InsyaAllah kami mempunyai peluang yang baik…saya optimis.
“Tapi
adalah amat penting bagi semua ahli untuk kerja sebanyak mungkin supaya
rakyat dapat menilai bahawa kita merupakan pilihan terbaik untuk
mereka,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di
sini, Jumaat.
Ditanya
sama ada BN mempunyai peluang cerah untuk mengambil alih semua negeri
yang ditadbir pembangkang, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, masih banyak kerja perlu
dilakukan bagi mencapai matlamat berkenaan.
“Ia (kelemahan mereka) akan membantu kita tetapi tidak semua…kita masih perlu untuk meyakinkan rakyat apa yang kita boleh lakukan.
“Ia (kelemahan mereka) akan membantu kita tetapi tidak semua…kita masih perlu untuk meyakinkan rakyat apa yang kita boleh lakukan.
“Kita mempunyai rekod yang baik namun pada yang sama kita akui pernah melakukan kesilapan.
“Kita sudah belajar daripada kesilapan lama, kita tidak akan mengulanginya lagi,” katanya.
Diminta
mengulas sama ada beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) berbanding Parlimen agar dapat berkhidmat kepada rakyat
Kedah dengan lebih baik, Mukhriz berkata beliau terbuka kepada semua
kemungkinan.
“Saya terbuka…keputusan di tangan Perdana Menteri.
“Saya
sudah jelaskan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
bahawa saya terima apa sahaja keputusan yang dibuat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan