Rabu, 28 November 2012

Pembangkang ketinggalan 66 tahun, kata Shahrizat

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Perhimpunan Agung Umno 2012
Perhimpunan Agung Umno 2012
 
KUALA LUMPUR - Tindakan Pakatan Rakyat (PR) mengiktiraf kaum wanita menerusi pembentangan Bajet 2013 alternatif mereka baru-baru ini ditempelak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai "66 tahun sudah terlambat."

"Forget it! (Lupakan!) Puan-puan semua sudah mendahuluinya, (pembangkang) 66 tahun terlambat.
Bukan nak mengata, tapi saya nak geleng kepala, tergedek-gedek baru nak melancarkan...," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita Umno, hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini memberitahu, Bajet 2013 PR
memperuntukkan RM 4.5 bilion menerusi Agenda Wanita Malaysia (AWM) berbanding hanya RM450 juta oleh BN yang didakwa membuktikan ketidakperihatinan kerajaan terhadap sumbangan kaum wanita di negara ini.

Katanya, dari segi perbandingaan peratusan hanya 0.2 peratus daripada belanjawan Umno-BN diperuntukan kepada wanita.

Membidas kenyataan itu, Shahrizat hari ini berkata, hakikatnya pembangkang sudah jauh ketinggalan.
Katanya, kalau bukan kerana Wanita Umno pada hari ini, kepimpinan wanita tidak akan sampai ke tahap sekarang.

"Hasil perjuangan kita bersama, maka lebuh raya politik, ekonomik dan sosial telah diperlebarkan untuk wanita Malaysia, terutamanya dalam 10 tahun kebelakangan ini sejak pengujudan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Saya cukup teruja dan juga terharu dengan pencapaian yang telah dicapai di atas," ujar Shahrizat.

Tiada ulasan: