Selepas
setahun mempertahankan dirinya dari kritikan keras mengaitkan dirinya
dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Jalil
hari ini tampil dengan penuh yakin dan turut menyatakan tiada sebab
untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan
akan datang.
Shahrizat
yang pada awal tahun ini menjadi sasaran termasuk dari Umno
memberitahu pemberita semasa persidangan wanita beliau masih lagi
berminat.
“Saya
tidak melihat sebab untuk tidak menawarkan diri saya pada penggal akan
datang… Insya Allah, anda faham apa yang saya maksudkan?”
memberi
amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969
jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.
“Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.
“Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.
“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.
“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.
“Mahukah
kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita?
Kita pastinya tidak mahu,” kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan
dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku.
“Kata doktor, barah jika dirawat dari awal kurang menyakitkan.
“Jika dibiarkan ia akan terus merebak menjadi barah yang membahayakan, menyakitkan dan seterusnya boleh membunuh.
“Kita mesti berani mengambil tindakan yang tegas untuk kebaikan parti kita kerana ‘luas tentu bertepi dan panjang tentunya berpenghujung,” kata bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi.
“Kita mesti berani mengambil tindakan yang tegas untuk kebaikan parti kita kerana ‘luas tentu bertepi dan panjang tentunya berpenghujung,” kata bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi.
Perhimpunan Agung Umno berjalan selama lima hari dari 27 November sehingga 1 Disember.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan