Najib Razak tampil di hadapan kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati Umno di PWTC dengan membuat kejutan awal membangkit semangat perwakilan agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Awal-awal lagi beliau melaungkan bahawa Umno sudah pulih dari segala kecederaan dan sedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa. Biasanya pembangkitan semangat sebegitu akan dibuat di penghujung ucapan, tetapi berlainan kali ini.
Najib: mengulangi perkara lama. |
Orang bawahanlah yang dapat menentukan apakah semangat Umno sudah pulih atau sedang menggeleter dan takut kehilangan kuasa dan kedudukan. Atau yang ada terlibat dengan jenayah sedang menghitung apakah tuduhan ke atas mereka dan bila masa mereka akan ditangkap. Sebab itu ungkitan Najib itu tidak disambut meriah.
Mereka lebih arif dan mengerti sebab mereka berdepan dengan serangan dan kebangkitan semangat pembangkang. Mereka yang menyaksikan berbagai majlis dan himpunan Pakatan Rakyat yang penuh dengan manusia di semua peringkat. Jadi mereka tidak mahu berbohong kepada diri sendiri untuk bersetuju dengan Najb mengatakan Umno sudah pulih sedang apa yang disaksikan tidak menggambarkan keadaan itu bahkan Umno semakin parah dan pengarunya menirus di kalangan Melayu.
Jadi penegasan dan jeritan histeria Najib itu sia-sia saja. Tampak sekali perwakilan Umno dalam kebingungan dan semangat mereka tidak sedikit pun terbangkit. Ini dapat disaksikan sepanjang ucapan Najib perwakilan hanya dingin dan sesekali saja kedengaran tepukan tangan persis tahi lembuh jatuh dari punggung. Reaksi perwakilan dapat dilihat jelas sejauh mana mereka terkesan dengan upcan Najib.
Penyediaan stiker I love PM, jelas menunjukan kedinginan sambutan kepada amanat itu. Bahawa perwakilan kena dibekalkan dengan stiker khas untuk menzahirkan sokongan kepada Najib. Kalaulah tidak ada stiker itu yang diangkat dan didendingkan le muka Najib bermakna Najib tidak mendapat apa-apa sanjungan hari ini. Secara psikologisnya bila ada stiker, perwkailan kena angkat untuk menandakan mereka sporting. Dalam hal ini perwakilan menipu diri sendiri dan Najib juga tertipu dengan sikap ahli sendiri.
Kejutan, henjutan semangat dari Najib untuk perwakilan khasnya, dan ahli Umno amnya bagi menghadapi pilihan raya yang dinanti-natikan tidak ada apa-apa disepanjang ucapan Najib itu. Beliau hanya mengulang-ulangi perkara yang sama. Apa yang disebut oleh ketua-ketua sayap dan Udin anak Yassin semasa meramsikan persidangan serentak sayap parti, juga ditulangi oleh Najib. Ucapan itu boleh diumpamakan empat dalam satu!
Tampak sangat ucapan Najib tidak mengambil idea menyeluruh daripada pakar-pakar politik Umno. Apakah tidak ada perkongsian idea dalam menyediakan teks ucapan itu. Najib hanya merujuk kepada Rosmah yang ikut sama membaiki titik dan koma. Dan beliau berpuas hati dengan pujian isterinya dan orang di sekeliling mengenai teks ucapan itu? Kerana itu jadilah teks ucapan itu seperti pembuat kueh dia sendiri yang menguji dan dimakannya.
Dari konteks orang luar dan rakyat biasa banyak hal yang terlupa oleh Najib. Dalam usaha untuk menarik perhatian orang ramai menyokong Umno Najib terlupa membuat ajakan yang rasional dan bebas dari bersifat 'keUmnoaan'. Mengenai orang Cina dan India langsung tidak disentuh. Tidak ada jaminan atau harapan baru khusus oleh Najib kepada mereka sekiranya menyokong Umno.
Keterlupaan ini boleh dianggap Najib juga rasis, tidak lagi mengharapkan kepada sokongan orang bukan Melayu. Kerterlupaan atau pengabaian ini tidak menguntungkan Umno. Orang bukan Melayu tidak melihat Umno mengambil kira peranan mereka. Najib sepatutnya mengikhtiraf undi bukan Melayu untuk perubahan ke atas negara ini dan juga memberi kesedaran kepada Umno sendiri. Sikap dan pendirian demikian baru ia sejajar dengan kata-kata Najib bahawa Umno berjuang untuk semua bangsa dan tidak 'temooh' kepada Melayu saja.
Isu-isu pembangunan atau jasa bakti yang dibuat Umno disebut Najib sudah tidak penting lagi sebab orang sudah tahu. Ia bukan pembaharuan yang mempesonakan. Kerana perkara itu setiap hari disebut sehinggaka ia memualkan seperti mana mualnya terhadap iklan sabun dalam televisyen. Kerana orang tahu Najib baru empat tahun menjadi PM, apalah sangat jasa-jasa yang dibuatnya. Orang faham antara Umno - pemimpin terdahulu dengan apa yang dibuat dan dicapai Najib untuk negara. Najib tidak boleh membualkan bahawa pembangunan hari ini adalah atas usaha beliau.
Seperkara lagi rakyat akan melihat juga sejauh mana kemampuan, wawasan dan idealisme Najib. Sedang ini tidak cuba diterapkan dalam ucapan itu. Ucapan dasar tidak melambangkan atau Najib tidak cuba menunjukkan dia hebat sebagai seorang negarawan dan pemimpin berpotensi besar. Dia patut berlawan dan cuba menandingi kehebatan Anwar Ibrahim yang dipamirkan dalam masa perdebatan di parlimen atau pun di pentas-pentas politik.
Misalnya kalau Najib tidak berani berdebat dengan Anwar tetapi beliau harus menjawab segala persoalan dibangkitkan Anwar dalam apa jua majlis dan prgoramnya. Misalnya orang akan kaji dan membuat ukuran sejauh mana keteludsan keberanian Najib dalam berhadapan dengan Anwar Ibrahim, tidak payah pergi jauh apa yang berlaku, dalam parlimen sudah cukup. Macam mana Najib absen dari hadir sidang parlimen tatkala Anwar hendak membahas bajetnya baru-baru ini.
Beberapa hujan politik yang diberikan Anwar tidak cuba dijawab oleh Najib. Kelemahan pilihan raya, skandal-skandal yang berlaku yang masih membelit kepala orang ramai tidak dihurai dengan tuntas. Masalah sosial dialami anak-anak musa, pengganguran, keruntuhan moral, ataupun isu dihadapi pegawai kerajaan yang tertekan dengan beban kerja kerana pertukaran sistem dan polisi tidak dibangkit. Najib lebih bernafsu menghentam dan mengkritik Anwar dengan mempersoalkan Islam liberal atau pluralisme di dalam agama yang beliau sendiri tidak begitu mengarifinya.
Sebagai pemimpin Najib jangan hanya tahu menyebut dan membaca terma atau istilah-istilah yang terkandung dalam teks, tetapi juga perlu memahami apa yang hendak disampai dan diluar teks itu sendiri.
Ucapan Najib juga tadi tidak menyentuh perasaan dan menggetarkan jiwa. Saya sebagai orang Melayu tidak pun berdiri bulu roma apabila beliau menjerit histeria membangkitkan soal kepentingan Melayu, soal ancaman ke atas Melayu kalau Umno tidak lagi menjadi kerajaan. Mengenai hal ini beliau harus menghurai secara fakta dan persejarahan menegnai nasib malang negara dan Melayu sekiranya ia tidak lagi ditangan Umno.
Najib sepatutnya menjawab persoalan, bahwa negara ini hak dan tanggungjawab rakyat negara ini semua kaum bukan hak sebuah parti bernama Umno. Apabila Najib meletakkan atau menegaskan hanya Umno yang mampu, ia menjelaskan betapa rasis dan sifat perkauman Najib dan kecuriagan kepada bangsa lain begitu tebal sekali. Sikap eksklusif Umno itu menjadikan bangsa lain akan menjauhinya.
Ringkasnnya bukan saja Melayu tidak terpanggil dengan ucapan Najib itu tetapi orang bukan Melayu juga semakin meragui Najib bertapa keikhlasan apa yang dinyatakan dalam ucapannya. Apa lagi dengan tawaran keadilan dan sikap liberal Pekatan Rakyat menjadikan orang bukan Melayu merasakan mereka sudah ada alternatif untuk pembentukan kerajaan akan datang.
Demikian juga huraian-huraian dan penjajaan Najib mengenai dapatan dan ujuran ekonomi negara di masa akan datang tidak lebih dari sihir dan gula-gula saja. Najib boleh bercakap di hadapan mereka yang cetek ilmu ekonomi dan jahil dengan situasi semasa, tetapi tidak di depan anak muda yang kritis dan berilmu. Manakala orang kampung yang mudah akur dengan orang bernama pemimpin bercakap pula tidak pun memahami mengenai apa itu pendapatan kasar (KDNK) negara itu dan juga percambahan ekonomi yang mampan. Mereka akan mengukur dengan apa yang ada di dapur mereka saja, misalnya kalau gula naik, bawang naik, sabu naik harganya bagi mereka itu menandakan negara makin parah.
Ucapan Najib bukan saja tidak membawa gagasan dan idea serta kejutan baru tetap gagal menjawab beberapa persoalan penting di dalam kepala rakyat umum ini yang sudah bersiap sedia melakukan perubahan. Yang terpenting bagi Najib dan ahli Umno semua sedar bahawa semangat untuk menumbangkan kerajaan UBN kini tinggi, melebihi dari ketinggian penghormat kepada Najib sebagai anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri.
Najib tidak boleh berpuas hati dengan kemilau masa lampau bapaknya tetapi dia perlu mengeluarkan sinar dari linag roma perjuangannya sendiri. Najib harus menjadi kelip-kelip yang mengeluarkan neonnya sendiri bukan seperti siput membalikan cahaya bulan yang tertimpa di atas cengkerannya ke dalam gelap malam.
Orang juga sudah sedar bahawa kata-kata dan dakwaan hanya Umno saja yang layak dan mampu memimpin negara sementara kalau parti lain memerintah negara akan porak peranda adalah mitos bersifat kurafah dan bidaah semata-mata. Doktrin agama seperti itu tidak mampu lagi menjamin kelangsungan sokongan membuta tuli orang Melayu kepada Umno. [wm.kl 1:02 t/hari 29/11/12] * tanpa edit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan