Jumaat, 9 September 2011

PKR: Pertemuan Najib-hakim 'berbahaya dan tak wajar'

MALAYSIA KINI


Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Hakim Negara yang akan bersara, Tun Zaki Azmi menafikan bahawa pertemuan perdana menteri dengan para hakim semalam bukanlah sesuatu yang luar biasa, tetapi PKR bukan sahaja berasa syak tetapi juga menyifatkannya sebagai "berbahaya dan tidak wajar."

rights group on shooting deaths 041210 n surendranNaib presiden PKR, N Surendran (kanan) menegaskan demikian
sebagai mengulas lawatan rasmi pertama Najib ke Istana Kehakiman semalam, yang dilihatnya sebagai melintasi batas kewajaran antara badan kehakiman dan pentadbiran BN.

Katanya, ianya juga dilihat tidak elok kepada keyakinan awam terhadap badan kehakiman apabila para hakim kanan dilihat menunggu Najib, yang telah dikaitkan dengan beberapa kes kontroversi, termasuk kes ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, apa keyakinan yang ada bagi Datuk Seri Anwar mendapat perbicaraan yang adil dalam kes liwat terhadapnya apabila mereka dilihat selesa bersama Najib, "yang merupakan musuh politik Anwar dan mahu menjatuhkannya".

Surendran menyifatkannya sebagai jaminan "kosong" Najib bahawa beliau mengambil sikap berhati-hati supaya pertemuannya dengan anggota badan kehakiman semalam tidak menimbulkan sebarang pandangan atau persepsi negatif mengenai hubungan antara badan kehakiman dan badan eksekutif.

Dalam ucapannya sempena lawatan kerja pertamanya ke Istana Kehakiman di Putrajaya, perdana menteri berkata, beliau hanya bersedia untuk bertemu dengan para hakim selepas dijemput oleh ketua hakim negara.

Najib juga berkata ini bukanlah kali pertama pertemuan seumpama itu diadakan antara perdana menteri dan para hakim, sambil menambah bahawa ia pernah diadakan pada masa lalu.

NONEKata Surendran, jika kerajaan benar-benar menghormati Kebebasan badan kehakiman, maka satu "mekanisme pelantikan kehakiman yang telus dan bebas" harus diwujudkan dan tindakan diambil, termasuk terhadap tokoh-tokoh utama dalam kerajaan BN - sekarang dan sebelumnya.

"Bekas PM Tun Dr Mahathir juga perlu dibawa kemuka pengadilan kerana mengganggu badan kehakiman pada 1988, dan tindakan mesti diambil terhadap pesalah yang didedahkan dalam skandal pita Lingam," tambahnya.

"Kami menggesa perdana menteri dan kerajaan supaya bukan hanya bercakap kosong, dan membuktikan komitmen mereka kepada badan kehakiman yang bebas dan saksama melalui tindakan yang konkrit," katanya.

Tiada ulasan: