Penerbit video 'Undilah' - Pete Teo - menyifatkan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung arahannya melarang siaran pengumuman khidmat awam (PKA) itu di stesen TV tempatan, sebagai "melampau".
"Setakat ini, hanya NTV7 menyiarkan versi satu minit sebagai
bahan berita, kami hanya akan berbincang dengan stesen TV minggu depan (untuk menyiarkannya sebagai iklan penuh)," katanya.
Awal hari ini, dalam satu kenyataannya, SKMM berkata arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana PKA itu masih belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.
Teo, bagaimanapun, hairan tentang tidak menerima kelulusan sedangkan beliau tidak pernah memohonnya kepada FCB.
"Soalnya, mengapa SKMM mengeluarkan arahan meminta penyiar tidak menggunakan PKA itu sebelum kami berbincang dengan mereka (pihak penyiar)?" katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan