Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan itu mempersoalkan, mengapa daftar pengundi yang terkini dan kemaskini tidak boleh dilihat oleh umum.
"Saya tak mahu atendan pam minyak Bangladesh mempunyai hak mengundi yang sama dengan saya," tegas beliau ketika mengulas perutusan Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang beliau sifatkan "tidaklah luar biasa".
Mohd Ariff menyifatkan dakwaan SPR kononnya senarai pengundi yang kemaskini hanya untuk edaran dalaman sebagai terkeluar dari apa jua ukuran kesopanan dan memperbodohkan kita.
Walaupun beliau mengakui pengumuman Najib seperti penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga penting, tetapi beliau membangkitkan tentang "harapan rakyat untuk mendengar pengistiharan yang membawa perubahan substantif ke dalam kehidupan harian mereka".
"Besar mana bahagian rakyat negara ini yang tertakluk dengan pembubaran ISA? Adakah ISA menjadi faktor penting dalam kehidupan harian rakyat yang berdepan dengan harga barangan yang kian meningkat, korupsi yang meluas, urusniaga kerajaan yang di rahsiakan tapi menguntungkan mereka yang terpilih?" kata beliau di blognya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan